BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 27, 2010

FINAL IS COMING

......MATERIAL ENGINEERING........


..........MaSS Balance...........




............MICroBIology...............

....MATHEMATICS for Engineering.....



..........THERMODYNAMICS..............


.....................TITAS.........................


MonDay,5April - Titas 9am-12pm
SUNday ,11 APril -Thermodynamics 9am-12pm
MOnday,12 APril- Mathematics For Engineering 9am-12pm
FriDay, 16 April - Microbiology 2.30pm-5.30pm
SUNday,18 April - Mass BAlance 9am-12pm
FriDay, 19 APril - Material Engineering 9am-12pm

teruknyer aku....

27 Mac 2010
PAGI SABTU...

terunyer aku malam td...lansung xsentuh buku...padahal banyak ag benda yang nak kena aku baca..final da dekat...huh...
malam tadi aku sempat pergi PESTA KONVO UTM...huh meriah...memang gempak...da lama xjalan2,lepak2 kat pesta seumpama semalam....memang terubat jiwa aku buat seketika...smua keje kt bilik aku lupekn terus...amaklumla da hampir setahun lebey ak xlepak kt tempat mcam tu...dulu slalu gak pergi jalan2 ngan member aku kalau ad event kt KB...tu bermotor...tapi sekarang nk p situ-sini susah...xde kenderaan...lu ad orang nk tompangkan baru aku ikut...he3...malam tadi pun aku ikut dak clazmate aku..FIKREY,AIZAT,FAIZUL,HAFIZ, dan SYAMSUL...mula2 plan nk jalan kaki...tapi ak dalam dua nak pergi ke tak...tapak pesta konvo dengan kolej aku jauh...ade la lebey kurang 4 kilometer....nasib fikrey nak join...diela yang drive...huhuhu...
lama jugak r kitorg pergi..hampir 12 tgh malam baru kita0rang balik bilik...
lepas balik bukanyer nak ingat buku...aku join plak tengok movie dengan diorang..."DAYBREAKERS"....cita yang mengisahkan masa depan dunia yang wujudnya sebuah negara yang mempunyai populasi vampire yang melebihi populasi manusia...99% vampire dan selebihnyer manusia....dasyat2...
da la panjang plak ak melaluk pagi2 ni....

Oh ya..arini Birtday akak aku...~~selamat hari lahir KAK NA, semoga dirimu sentiasa diberkati oleh ALLAH dan panjang umur serta berbahagia ke akhirat....moga2 umur yang panjang dapat di infaqkan ke jalan yang lurus dan benar...amin.......


...........KAK NA n Afif............

Friday, March 26, 2010

pelihara 2 perkara...

JUMAAT 26 MAC 2010


Renungan untuk pagi jumaat...

Sesiapa yang memelihara apa diantara dua tulang gusi (lidah) dan apa diantara dua belah kaki (kemaluan) mereka adalah bakal menjadi ahli-ahli syurga...

HALALkah makanan yang kita makan....???



Assalamualaikum....

petang tadi saya ada buat satu aduan kepada pihak JAKIM tentang produk halal di malaysia...3jam kemudian saya dapat feedback dari JAKIM..so,saya postkan soalan dan jawapan ini untuk perkongsian bersama..sedikit sebanyak korang dapat information tentang produk halal kat pasaran sekarang...

Nama
-azim-.
E-Mail ?
are_jeng_kb@yahoo.com.
Anda ingin komen tentang apa?
Perkhidmatan
Aduan
assalamualaikum...
sya skrang ni musykil dgn byk makanan yang ad logo halal jakim...terutama mee segera seperti maggi,mamee dan lain2 makanan lagi...bila sy check dgn e-halal kebanyakkannya tiada dalam rekod...adakah pihak jakim telah mengambil tindakan keatas syarikat berkenaan...kalau jakim telah ambil tindakan..tapi knp produk maggi dijual meluas di pasaran....saya bimbang kerana produk mee segera ramai orang yang menggemarinya terutama pelajar2 yang tinggal di asrama dan orang2 yang masih belum berumahtangga...kerana mee segera senang dimasak dan mudah...saya harap pihak jakim dapat membuat tinjauan sepenuhnya keatas semua jenis makanan...dan melaporkan setiap syarikat yang melanggar akta halal kepada umum melalui media,(TV,radio,surat khabar)...harap maklum... .
Jawapan
Pihak JAKIM mengucapkan terima kasih di atas aduan yang tuankemukakan. Pihak kami ambil maklum. Untuk makluman tuan, Kuasa JAKIM adalah terbatas kepada pemegang-pemegang sijil halal Malaysia untuk memastikan pematuhan terhadap standard dan piawaian halal.

Sekiranya dalam produk terbabit terdapat logo halal Malaysia, maka produk terbabit adalah Halal iaitu Halal Malaysia selaras dengan prinsip Halalan Thoyyiban yang berasaskan Syariah dan diluluskan dengan mengambil kira aspek kualiti dan keselamatan. Pensijilan Halal mempunyai jaminan intergriti, keselamatan, kualiti (GMP) kerana melalui sistem yang terbaik dunia, analisis halal, standard halal, penguatkuasaan dan sebagainya. 'Halal jaminan terpilih' merupakan tagline halal.

Walau bagaimanapun, sekiranya tidak terdapat Logo Halal JAKIM bagi sesuatu produk dan tiada dalam rekod JAKIM yang boleh diakses melalui portal Halal JAKIM, maka JAKIM tidak dapat mengesahkan sama ada sesuatu produk tersebut halal atau sebaliknya kerana semuanya bergantung kepada inisiatif sesuatu agensi untuk membuat permohonan kepada JAKIM.

Sebaliknya sekiranya sesuatu makanan itu telah mendapat logo halal dari agensi swasta yang lain, maka tuan haruslah mengajukan atau mempertikai isu halal tersebut kepada pemberi logo halal tersebut. Ini kerana ia tidak berada di bawah bidangkuasa JAKIM untuk membolehkan JAKIM mempertikai halal yang telah dikeluarkan oleh agensi lain. Hal ini turut disebut dalam Akta Perihal Dagangan 1972 yang tidak memberi autoriti/kuasa kepada JAKIM secara tunggal dalam memberikan pensijilan halal di Malaysia.
Pihak kami juga sentiasa membuat pemantauan, penguatkuasaan dan audit terhadap syarikat yang telah dibenarkan menggunakan logo halal kami. Proses audit yang dilakukan pegawai agama dan pegawai pemakanan (profesional) berdasarkan piawaian halal, GMP, akta makanan 1985, standard halal dan sebagainya tanpa memaklumkan kepada pemohon (spotcheck). Proses Post Audit atau pemantauan juga dibuat bagi memastikan komitmen syarikat mengikut semua piawaian halal dan penggunaan di Negara ini. Oleh yang demikian, tiada keraguan sesuatu produk sekiranya telah tertera logo Halal JAKIM. Sebagai tambahan maklumat umum.....
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)/Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan mengandungi:

Logo Halal Malaysia:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Untuk makluman tuan, pada 26-28 Februari 2010 yang lepas, pihak kami telah menganjurkan kempen 1 Malaysia 1 Halal di Masjid Negara bagi memperjelaskan lagi perihal halal kepada masyarakat umum. Pihak kami juga merancang untuk meneruskan kempen ini ke setiap negeri-negeri. Dalam kempen ini pihak kami banyak mengedarkan nashkah-nashkah percuma seperti logo-logo yang diiktiraf, senarai e-code, klinik halal dan banyak lagi.

Tuan juga boleh terus mengemukakan sebarang pertanyaan kepada yang lebih arif mengenai produk/premis dan pensijilan halal melalui laman web kami di :
http://www.halalmalaysia.gov.my
http://www.halal.gov.my
ataupun menghubungi kami di talian :
Tel : 03-8315 0200(Hot Line)
Fax : 03-8318 7044

Untuk makluman tuan juga, pihak JAKIM sentiasa bersama media dalam memberi hebahan dan maklumat yang tepat berhubung salah laku oleh syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab.
Pihak Jabatan menghargai keprihatinan tuan dalam menjaga kepentingan umat Islam ini dan tanpa kerjasama sebegini adalah mustahil bagi Jabatan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Status
Selesai.
Nombor Rujukan
20100325 (4)
Tarikh


ADAKAH korang berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh JAKIM....??
kalaulah bidang kerja pihak JAKIM terbatas....siapa lagi kita ingin mengadu tentang makanan halal....huh....
sama-sama kita fikirkan bersama.....

Thursday, March 25, 2010

aku cintakanmu.....

aku cintakanmu.....0h MALAYSIA...



~~ ape dah jadi dengan Negara kita (MALAYSIA) hari ni....huru hara pegaduhan politik...YB masing-masing tunding jari...fitnah..rasuah situ-sini....pegaduhan dalam dewan rakyat....melibatkan nama Yang Di-Pertuan Agong...smua itu aku rasa adalah perbuatan yang tidak bermoral pemimpin-pemimpin Malaysia yang bergelar YANG BERHORMAT...inikah pepimpin yang nak bawa kemajuan kepada Negara...bekerja untuk rakyat...ataupun pemimpin sekarang ini hanya nak meruntuhkan institusi Malaysia tercinta.... come on la...jd pemimpin terbaek...sepatutnye YB2 sekarang ini pikirkan ape pendekatan atau transformasi yang Malaysia dapat lakukan demi mengukuhkan ekonomi Negara dan menjadi sebuah Negara yang disegani dan menjadi contoh Negara sifar rasuah, sifar fitnah, sifar jenayah, sifar kemalangan, sifar kes buang bayi, sifar kes social dan keruntuhan akhlak, sifar pergaduhan..semua kaum dapat bertoleransi satu-sama lain..... aku sebagai mahasiswa terkeliru dengan hala tuju Malaysia...ke mana Malaysia...arap2 korang dapat fikirkan dan renungkan ape hala tuju Negara kita....sebagai pelajar yang bergelar mahasiswa harus bijak menilai ape tindak-tanduk pemimpin sekarang dan ambil cakna dalam era politik Malaysia...kerana kita adalah bakal memimpin Negara kelak....SELAMAT MAJU JAYA MALAYSIA.....aku rasa setakat ini saja isu glokal yang aku dapat luahkan....cukup sebagai tahap seorang yang bergelar mahasiswa....

(tidak ade kene mengena dengan sesiapa...siapa makan cili dia yang rasa kepedasannya....)

Wednesday, March 24, 2010

BerAkhir sudahhhh...

Berakhir sudah KO-Q aku untuk semester kali ni..

KO-Q ape??...semua orang gelak bila tanya aku ambik Ko-Q ape...

Mase first2 dulu nk isi online...smua member2 aku gelak...(kakaka) bila aku cakap aku nak ambik ASAS KEMAHIRAN PERTANIAN...(peduli ape aku...)

Aku dengan tetap pendirian dan bertekad untuk ambik jugak kemahiran asas pertanian....

Alhamdulillah...akhirnya pilihan pertama aku adalah pilihan yang tepat....

Jangan gelak ek.....

ape salahnya kalau aku ambik Kemahiran Asas Pertanian...

Hina sangat kah pertanian...kalau anda juga gelak..anda tergolong dalam golongan

Orang-orang yang berfikiran sempit...buka minda anda...pertanian adalah satu perkejaan dan satu kerjaya yang cukup mulia..ak bukannya nak jadi petani...tapi aku cume nk tahu ape teknologi skrg dalam bidang pertanian...huh...orang ingat betani ni macam petani dulu-dulu..TIDAK sama sekali..sepanjang aku ambik kos ni xpernah plak aku rase menyesal atau penat sangat..memang tepat pilihan aku...

Banyak benda yang aku belajar daripada pensyarah Ko-Q aku....antaranya aku belajar jenis-jenis racun, baja, probiotik, dan cara-cara bertani dengan betul....aku becucuk tanam...aku tanam timun...aku bela puyuh...memang best...bela puyuh adalah salah satu tarikan kepada aku untuk ambik kos ni...best2...suke2...cute2 anak puyuh bila umurnya sehari...nk pengang pun aku xsampai hati..sampai aku bimbang akan nyawanyerrr...xpasal2 mati plak...hehe...

Kalau ak xambik pertanian dulu aku xtau ape itu Furadan...ape itu EM...dan ape itu cramble...

Huh....memang aku enjoy ambik pertanian...jumpe member baru, orang baru, suasana baru yg seakan-akan dusun atuk aku kat Gua Musang...(aku xpernah pegi pun....hahaha)..

Xheran lah...roomate aku terpegun bila aku cerita ape aktiviti yang akan aku buat sepanjang sem ni...

Tup tap...die tukar kos untuk join sama dalam asas kemahiran pertanian...xsangka ak dbuatnyer.... J .....

Harini merupakan hari terakhir KO-Q aku...alhamdulillah...aku dapat jawab dengan penuh keyakinan test td...huhuhu...xheran lah...smua kerja-kerja practical aku di uji dengan teori....kacang jer...

Next semester....untuk KO-Q sem depan aku ambik treckking....mula2 bimbang jugak aku bila member2 aku psyco aku...sem depan busy la...itu la..ini la...arghhh...aku xheran smua 2...yang pnting aku harap aku dapat enjoy Ko-Q sem depan...

~dimana ada kemahuan disitu ada jalan...


Friday, March 19, 2010

kesibukan teramat sangat....

PERUTUSAN

Assalamualaikum...
ini ialah perutusan kedua sejak sbulan lalu....
haha...(gelak mcm xnk gelak)..
tentu korang bosan bla tgk blog ak....
pejam celik pejam celik da lbih sbulan ak ad blog....
tapi apa yng ak nk critakan aku pn xtahu....no idea la....
tp ak harap ak dpt tulis bnda2 yg ilmiah lagi brmanfaat kpd ak dan kpd
pembaca2 blog..hahaha...~konon
skrg ni ak dalam proses mndalami ilmu2 dunia yg mliputi segala aspek...
baca buku...bc blog orang....bc crita2 teladan...
dan nak xlupe juga untuk mmperbaiki balik ilmu2 fardhu yg wajib bg setiap seorang insan yg bgelar seorang muslim....

dalam kesibukan dunia ak sering terfikir...adakah betul segala tindak tanduk ak selama ini...
siapakah yang dpt menjaga imanku,nasibku,masa depanku...
jawapanyer sama2 kt renungkan....

Bab luaran....

ak sedih dgn berita tentang buang bayi...merata2 ngeri kt malaysia ni bayi dibuang mcm xde nilai...aku sedih...ak sedih....ape la nasib bayi yang x bersalah.....ape la remaja skrg ni tlah buat....
nauzubillah....harap2 knalan2 ak jauh dari gejala2 yang xshat lagi xberperikemanusiaan....

itu luahan ttg isu trkini.....19Mac2010