BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 30, 2010

Aku Terima dan Pasrah segalanya…

Alhamdulillah…

Official result sudah kuar…ermm..tiada perubahan pape pun dari  senarai tampal dlu…pape pun aku terima dengan hati yang terbuka dan redha kepadaNya..sempat sujud syukur sekejap td..memang keputusan ini aku sudah menjangkakan dari awal lagi…so, xde la perasaan yang teramat kecewa atau terlebih excited…yang lepas biarkan lepas…yang datang perlu lebih gigih dan tekun lagi..harap2 sem 4 yang akan datang akan memberi sinar baru untuk aku terus mengorak langkah ke arah yang lebih jauh lagi…

xlupa kepada kawan2 aku yang sama2 berkejaran menuju ke arah yang satu..mereka2 telah banyak mendorong dan membantu aku dalam pelbagai aspek…jasa dan ilmu yang korang tempiaskan kepada aku amatlah aku hargai…kejayaan aku, kejayaan korang adalah kejayaan kita bersama…InsyaAllah..aku doakan sama2 kita mencapainya…

moga2 ukhuwah yang utuh terbina akan lebih utuh lagi untuk semester baru yang bakal tiba nanti..ayuh, kita buka buku baru…heeeeeeee

sekian….

Akhir kata

~~rindu plak aku kat Boys SKB…heeeeeee

~~rindu semua kt warga UTM…heeeeee

~~Allah Maha menilai dan Maha menentukan…setiap perkara yang berlaku hari ini, pasti ada hikmah disebaliknya…

Wassalam…

Tahniah kepada pasukan Malaysia…

Alhamdulillah…akhirnya dapat gak Malaysia menjulang piala AFF SUZUKI  CUP 2010…cayer arghh Raja Gopal…kerana beliau telah banyak memperbaiki banyak kelemahan2 yang bersarang dalam pasukan malaysia dulu2 kala…tahniah dan syabaz kepada skuad harimau kita…hurey2…

imbas kembali perlawanan akhir piala

AFF SUZUKI CUP 2010

Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Malaysia vs Indonesia

3  :  0

Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta

Indonesia vs Malaysia

2  :  1

sekian….

akhir kata

~~kalah dan menang adalah adat perlawanan…Smile

 

Tuesday, December 28, 2010

panas2…

huh…ape la rjeng.fm nk mengarut kali ni…tajuk entry panas2..bikin panas jer orang diluar sana..haha..panas betul kew cerita yang nak di utarakan ni…haha..

kepada sesiapa yang xsuka entry panas2 ni sila berhenti baca sampai sini sajer…harap maklum…

harini hidup aku asyik panas jer..haha..dari bangun tido sampai sekarang still panas..sentuh dahi panas,cuaca panas, laptop aku panas..sebab terlupa nk off malam tadi…nasib baek xmeletup..haha.huh..hembusan nafas pun panas…tapi air kat bilik air sangat la sejuk pagi tadi..huh…aku terpaksa mandi air panas…untuk mengelakkan penyakit lain plak timbul…sebab suhu badan aku sangat xstabil skun ni…erti kata lain aku sedikit demam sejak dua tiaga hari ni..kata arwah cikgu sains form3 dulu…sebenarnya bagus kalau kita tahan demam…sebab kita akan menambah antibody serta meningkatkan sistem imune tubuh badan kita…tapi ape yang penting…jangan cepat nak mengalah ngan demam kura2 camni…kene tahan dan mindset paling penting… jangan mudah nak ambil ubat2an…sebab semakin banyak kita makan ubat…semakin badan kita immune dengan ubat…lama2…ubat yang dimakan xakan bagi apa2 kesan kepada kita…tu la nasihat arwah cikgu sains aku mase form 3 dulu…kalau anda2 seorang yang budiman sama2 kita sedekahkah Al-fatihah untuk arwah cikgu aku yang telah meninggal dunia semasa kami nak jawab last paper untuk SPM 3tahun yang lepas…

al-fatihah…

ermm..aku ase lama benor xupdate blog ni..mood untuk menaip sejak dua menjak ni menurun dengan mendadak…ermm…ntah la kenapa..tpi boleh dikatakan setiap hari gak aku luangkan masa untuk membaca blog orang lain…huhu…semakin hari semakin indah dunia blogger ni…huh…banyak benda menarik setiap hari yang menjadi hidangan minda aku…best2…sangat2 suka…hehe..

tapi pencarian blog rakan skolah dulu masih lagi terkapai2..sebab aku just jumpe berapa kerat jer blog rakan skola yang sama batch ngan aku dulu…amaklum la,skolah aku dulu semua pelajar adalah lelaki..mungkin masih ramai laki-laki di luar sana xminat dengan dunia blog…ermm…ntah la betul ke x sangkaan aku…tapi semakin hari semakin ramai jer penulis blog yang aku jumpa adalah lelaki…

ni aku link kan antara blog2 skullmate dulu…semua mantap2..

http://khairulzamri.blogspot.com/

http://munzirblog.blogspot.com/

http://perisai-mahkotasufi.blogspot.com/

http://ecsenius.blogspot.com/

akhir kata yang x berkata…

~~sesungguhnya sakit ialah penawar bagi dosa..try layan lagu muhasabah cinta…best giler..terima kasih kepada orang yang suggest lagu ni kat aku dulu…heeee

~~hari ni 28/12/2010..lagi xsampai 96jam tahun 2010 akan berlalu pergi..sedih..tapi, walau macamana sekalipun hidup ni kene teruskan..betul x?…

~~official result belum kuar agi..masih menanti2…huh...penuh dengan harapan…

 

Wednesday, December 22, 2010

New Year, New Semester

Tidak lama lagi kita bakal menyambut tahun baru 2011..skun ni ramai orang nak catatkan ape azam baru da terpikir2 pe yang nak diketengahkan…

kalau tanya aku..aku akan jawab aku macam biasa…azam 1st  aku ialah azam yang sama cam tahun2 lepas…nk study,study n study…sebab menimba ilmu adalah dituntut hingga liang lahad…walaupun da beratus buku setebal 2000juta muka surat sekali pun da di baca…namun ilmu di dunia ni xkan habis…betul x??tapi kene ingat…study bukan la kerana dunia…ramai yang mindset adalah study untuk exam..pastu da kerja kene bukak kitab balik….termanggu-manggu bila di suruh buat itu,buat ini…

yang 2nd dan seterusnya biarlah rahsia…

new year, new semester…InsyaAllaah..kalau dipanjangkan umur dan  kestabilan kesihatan..aku akan melangkah dan memajukan diri setapak lagi  ke UTM  pada 01/01/11 dengan visi dan misi baru untuk

 semester 4

…visi dan misi itu bialah dicatatkan dalam minda aku sahaja…supaya ia dijadikan ingatan buat sepanjang tahun…

disini aku listkan subject2 yang bakal menjadi musuh aku untuk semester baru…

1. Thermochemistry

2.Numerical Method

3.Transport Process

4.Organic chemistry (Biomolecule)

5.Ethnic Relation

6.Islamic Institutions

7.Lab Fluid

8.Lab Thermodynamic & Material

~~mereka2 la akan aku perangi habis2an untuk sem4…

disini gak aku lampirkan kalendar akademik untuk semester 4 bagi semua Mahasiswa UTM..

..sesi(2010/2011/02)..

UTM

harap2 sem 4 yang bakal aku lalui nanti akan membawa lembaran baru ke dalam kehidupan aku….

setakat ini dulu untuk entry cincai-cincai…

akhir kata

~~ tetapkan matlamat anda sebelum melangkah tapak yang pertama…

~~jangan lupa matlamat anda bila di tengah2 perjalanan..

~~ikuti jejak langkah budiman2 beriman…

~~niat lillahitaala…

Khabar angin

~~dengar2 kata semua cuti IPTA akan diseragamkan pada tahun depan…ni aku xtau betul ke x..aku xjumpe sumber yang sahih lagi…kalau betul la…aku sokong 99.9%..hehehe…ley la aku jumpa lama sikit member2 aku yang menuntut di UIAM…

Wasalam…

Tuesday, December 21, 2010

abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

Ting tong!!!…blink3..cuaca hari iniStorm cloud

pe ke menda tajuk kali entry ni??..msti korang tertanya2…haha..sebenarnya aku xde pape nk tulis…so, maen tekan2 je la keybord ni…otak tengah berpusing2 pikir ape yang nak tulis..huh

Hari ni 21 Disember 2010 dan bersamaan 15 Muharram 1433H…da 15 hari Muharram telah membuka tirainya..dan ia juga beerti lagi 11 hari tirai 2010 akan ditutup untuk selama2nya…ini bermakna tahun 2010 akan berlalu pergi dan bakal meninggalkan sejuta kenangan dan memory yang terindah buat kita semua…jangan lupe untuk kita muhasabah balik diri kita…adakah tahun 2010 adalah lebih baek dari tahun yang sebelumnya…cuba kenangkan kembali apa yang telah kita lakukan untuk tahun ini…adakah amal ibadat kita lebih banyak dari tahun lepas??..dan adakah azam untuk tahun ini da tercapai matlamatnya??…cube renungkan dan try hayati betul2…agar kegagalan kita untuk memenuhi hasrat pada tahun ini tidak diulangi lagi pada tahun yang akan datang…

xlama lagi ambang detik tahun baru akan berlansung…ini bermakna ramai antara kita telah bersiap sedia untuk menyambut kedatangan 2011..tapi, ramai jugak yang lansung merasakan detik ketibaan tahun baru merupakan perkara yang tiada erti dan tidak bermakna dalam diri mereka…dalam erti kata lain tidak memperduli apa yang akan berlaku..

tahniah diucapkan kepada Artis2 Malaysia yang menerima undangan untuk membuat kosert di merata2 tempat pabila tibanya malam tahun baru…apa yang aku nak tegaskan disini AKU XAKAN JOIN MANA2 KONSERT YANG HAPRAK macam DIORANG buat…ayat aku mungkin agak kasar…tapi, kepada orang yang sama waktu dengan aku akan pikir perkara itu adalah positive…tapi ada sesetengah pihak plak menganggapkan perkara itu cukup menghina dan menjatuhkan maruah artis malaysia…arghhh…lantak r..korang nk pikir apa…disebalik ayat tadi juga…sebenarnya aku nak mencegah para pembaca blog ini supaya tidak join mana2 konsert kerana mengikut penganalisis jenayah sosial dan badan Dakwah Malaysia…ramai muda-mudi akan melakukan perkara2 tidak senonoh, bercampur gaul laki dan perempuan, melakukan zina, minum minuman keras dan melakukan seks bebas pada malam ambang tahun baru ataupun malam ambang kemerdekaan…pe yang menyedihkan lagi…majoriti adalah berbangsa Melayu…huh..pa la nak jadi dengan MEREKA2…mula2 sedap2 jer buat itu-ini…pastu toreh arang kat muka family…pastu buang bayi merata2 untuk menutup malu…eEEee..GERAMnya aku rasa..Don't tell anyone smile

aku harap sangat kepada pembaca2 budiman blog ini supaya sama2 kita membanteras kegiatan sosial yang melampaui norma2 insan biasa…ayuh!!kembalikan kegemilangan agama suci kita dan bangsa kita…letakkan akhirat sana adalah matlamat yang utama…insyaAllah…Allah akan sentiasa bersama2 orang2 yang mendekatiNya…

aku rasa setakat ini dulu entry yang bertajuk abcdefghijklmnopqrstuvwxyz…ahak3s…

akhir kata..

~~sesungguhnya jika hari ini adalah lebih buruk dari hari semalam ia beerti KITA berada dalam kalangan orang2 yang JAHIL…nauzubillah…(peringantan kepada diri sendiri jugak)…

~~rancanglah perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri kita, bangsa kita dan agama kita daripada join konsert2 bebas….

~~selamat mencatat azam baru…Open-mouthed smile

Wasalam…

Sunday, December 12, 2010

Mode:Berharap

da 2 hari channel rjeng.fm xkeudara..ahak3s…tp terasa macam da berhari2..ntah la..sejak semalam asyk moody jerr…xdek mood nk menekan2 keybord…ni gara2 result da kuar r ni…banyak perkara berlegar2 di benak fikiran aku…huh…ase nk makan jer semua makanan yang ade…arini da bape pinggan nasi aku makan..asyik laporr jerr…adoi…sblum official result kuar,aku harap ade sinar perubahan pada result aku..mode:berharap…

arghh…malas da nak pikir pasal result…bek aku fikir memory2 yg best2…ermmm…pe yer aku nk pikir..

owh ya..aku br dpt idea..sebelum aku balik umah(dari KL-KB), aku ade pergi satu tempat..huh..mmg best r tempat ni…

IMG_1815IMG_1824IMG_1864

DSC02214DSC02225DSC02226IMG_1840

 

IMG_1843IMG_1870IMG_1875

IMG_1876

Tahukah anda ape tempat ni…ini ialah I-City..pernah sampai x kat sini??taukah anda dimana terletaknya taman lampu ni??

kpd yang xpernah sampai ke tempat ni..aku suggestkan korang pergi la nikmati sendiri keindahan I-City yang terletak di syekyen7, Shah Alam…kalau korang lalu federal highway untuk ke klang, korang akan lalu Icity…jangan lupa singgah ek kalau lalu kat sini..huh..mmg best kalau dapat pergi ngan family or kawan2..jangan lupa bawa orang yang tersayang sekali…

akhir kata

~~ak da sampai umah (selepas smggu ronda2 KL)…xtau nk buat pe selain on9 n tengok TV…

~~Aku harap ade perubahan pada result final aku,,,harap sgt2..

~~InsyaAllah, suatu hari nnti ak akn bw kekasih dihati  ke Icity…huhu..Smile with tongue out

~~rjeng.fm mungkin xkan ke udara dua tiga hari selepas ini…ade kerja yang penting perlu disempurnakan…harap maklum

Wasalam..

 

Saturday, December 11, 2010

2 hari yang lepas…08/12/2010

…08/12/2010..hari pendaftaran adik aku ke UIA, Gombak..

…tahniah dan syabaz diucapkan..congrat2…jadilah mahasiswa yang baek ek…contohi abg kam0oo…ahak3s…poyo tul…

..tepat jam 9.00pagi,kami 2buah kereta meluncur laju masuk ke kawasan Universiti Islam Antarabangsa…huh…kali kedua datang sini…waaa…mmg cantik r pemandangan kat situ…

..masuk2 terus cari Marhalah Asma’…kerana adik aku kene daftar kat situ…kat UIA diorang xpanggil kolej..tapi panggil marhalah..kalau kat UTM,kami still gune Kolej…semua nama marhalah di beri berdasarkan tokoh2 Islam zaman Rasulullah s.a.w…kalau kat UTM nama kolej berdasarkan nama tokoh melayu…kat situ da nampak perbezaan antara University yang islamic ke x..betul x?..

..erm..proses pendaftaran xde la memakan masa yang lama…tp ad la gak kene menunggu..haha..mase tu teringat plak aku mase pendaftaran aku kat KMPh dan UTM…huh...bedebar dan cuak gak mase 2…tentu adik aku pun merasai benda yang sama…

..selepas semua proses pendaftaran selesai…aku xlepaskan peluang untuk ronda2 UIA…haha..suka plak aku bla melawat campus orang lain ni…dalam mase 5 hari ni aku da lawat 3 campus termasuk UIA..2 yg lain tu UM ngan KUIS..semua hebat2…cakap pasal ni…rindu plak aku kat UTM..ahak3…

..Lancer kamera aku xberapa berfungsi…so, xde gambar menarik aku nak postkan..ade la sikit…ni jew…

uiagombak (1)uiagombak (2)uiagombak (3)uiagombak (4)uiagombak (5)uiagombak (6)

akhir kata~~

~~selamat menjadi Mahasiswi UIA..

~~selamat menjalani campus life yang mencabar dan menyeronokkan…ahak3..

~~ape yang penting MIND SET…

 

Friday, December 10, 2010

Lepasan SPM..

ermm..da 4 hari x update blog…huh…amaklum la aku sehari dua ni tgh bz…bukan bz ngan SPM..tapi bz dengan meronda2 ibukota metropolitan Malaysia ni…huhu..suka2..

Berbalik dengan tajuk entry kali ni…Lepasan SPM..setakat pengetahuan aku…ade calon SPM2010 telah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia…tahniah dan syabaz diucapkan…tapi ramai lagi calon yang belum habis..ade yang masih tinggal 2,3  subject lagi kan..kepada calon yang masih dalam mode peperiksaan,teruskan perjuangan anda…gunakan semua ilmu yang dipelajari sebelum ini…buktikan anda juga boleh lakukan yang terbaik..ingat harapan keluarga tercinta...InsyaAllah..saya doakan kepada kalian semoga success dengan jayanya…aminn..

Mengikut pengalaman aku..aku rasa dak lepasan SPM ni tentu banyak plan yang diorang buat..betul x..ade yang ke arah maaruf dan ade yang ke jalan mungkar…huh..jangan terkejut ye..bila kadar sosial meningkat selepas ini…huh..(hembusan yang merisaukan)..sebelum korang buat plan yang bukan2 atau tiada plan nak buat pape…baek aku bagi sedikit panduan..ape yang korang boleh buat sepanjang cuti sebelum menjejak kaki ke tahap pengajian yang lebih tinggi..

ada kalangan korang mesti plan untuk berkerja sambilan..betul x..ermmm…bagi aku, bagus la gak kalau korang ase kerja dapat meluangkan masa korang…dapat pengalaman..selain tu dapat gaji..he3..betul x?..ad sesetengah orang mengangap kerja sambilan ni buang masa..sebab kerja sambilan ni kebanyakkan kerja yang ringan2 jer..bek korang enjoy dari bekerja..atau menambah ilmu lagi..bac buku kew…baca blog kew..hehe..bleh tambah pengetahuan..

ada jgak yang meluangkan masa ni untuk buat lesen memandu…bagus la..bek ambik cepat2 masa muda ni…nnt da berumur susah plak…cam2 hal nt…

ak nak suggest kpd yng xtau nak buat pape mase cuti ni untuk membuat persedian yang secukupnya sebelum menjejak kaki ke menara gading…aku harap korang dapat buat pilihan yang tepat dalam hidup korang..kerana kalau tersilap pilih nnt,sapa yang merana…jiwa dan raga korang jgak akan merana…huh..cam ade pengalaman jerr penulis ni…haha.. no comment..

aku nasihatkan agar korang selidik betul2 kos yang korang nak ambil..atau tanya orang yang da melaluinya..ni sangat penting..kalau korang xde pendedahan tentang bidang yang korang nak ambil nanti korang akan salahkan diri sendiri plak nanti…ade jgak dalam kalangan korang yang xtau nak pilih bidang pew…ni lagi susah..sepatutnya sebelum SPM lagi korang perlu ade cita2 atau matlamat..tapi, xpe..kepada yang xtau nak pilih bidang pe..korang perlulah tnya pada diri sendiri…korang cenderung ke arah ape..atau menjalani sesi uji kemampuan diri…ujian ini korang boleh dapatkan daripada guru kaunseling sekolah…korang perlulah berani berjumpa dengan cikgu kauseling untuk mendapat pendapat dan penerangan yang lebih lanjut…selain itu..korang perlu jgak tanya keluarga korang untuk mendapatkan pandangan…jgan plak pilih kos yang merapu2..haha..kene la gak berfikiran jauh…korang perlu gak search pasal pasaran kerja..jgn tgk pada pasaran kerja sekarang..tp, korang perlulah tgk pasaran kerja pada 5,6 tahunyang akn datang…itula serba sedikit panduan yang dapat aku beri serba sedikit…he3..

selain itu..korang perlu la buat persediaan untuk melengkapkan diri dengan ilmu2 agama dan asas2 fardu ain yang lengkap supaya korang xdela hidup dalam keaadaan terkapai2 bila kat IPTA nanti…mase muda camni la nak kuasai segala ilmu dan perbaiki segala asas fardhu ain atau memperbetulkan tajwid2 dalam bacaan Al-Quran..bagus jugak kalau join aktiviti2 kat masjid atau2 surau2 kat umah…dapat pahala..selain tu dapat la gak menambah generic skill dan men update softskill…kan bagus buat aktiviti bermanfaat cam tu..sejuk hati mak bapak..ade sesetengah cakap..ala…x rock r camni..atau, x america r kawan ngan dak masjid…huh..ikut suka korang la…kalau ke lembah neraka yang korang pilih…itu hayat korang…tapi korang mstilah ingat yang hidup di muka bumi ni hanya sementara…tapi hidup di akhirat nanti yang akan kekal abadi…

aku ase setakat ni dulu entry kali…aku ase skun ni macam xsesuai tuk ak tulis panjang2…sbb kne layan karenah Irfan ngan Irdina…anak buah aku ni…huhu..

akhir kata

~~taniah dan syabas kepada adik aku Fatihah, kerana telah berjaya menjejakkan kaki ke IPTA..skun ni da jd mahasiswi la kan..haha…2 hari lepas pendaftaran mahasiswa/wi lepasan asasi International Islamic University Malaysia (IIUM)…ni 2nd time pergi UIA gombak tu…huh..memang cntik r bangunan2 kat situ…kalah UTM…haha..eh..sowi..merendahkan bakul sndiri plak…camne sekali pun UTM in my Hearth…haha…

~~7orang antara kami adik beradik da ke menara gading…tggal sorg lagi adik ak blum..huhu..arap2 die dapat menjulang kembali saat2 bahagia dalam family aku…risau tgk die..asyik maen2 jerr…huh

~~kepada junior2 aku kat MML habiskan sisa baki SPM dengan sungguh2 ek…nt pilih UTM…ley kita bjumpa ag..haha..

~~InsyaAllah kalau ade mood, lain kali ak tulis pasal pe yang pengalaman cuti lepas SPM..haha..sgt menarik..sebab byk pkr aku alami…huhu

wasalam…

 

Monday, December 6, 2010

Kenapa aku menulis blog?

soalan ni tiba2 bermain difikiran aku sekejap…kenapa eh…

sebenarnya aku menulis blog ni saje2 jerr..xde niat nak cari publisiti atau nak mendedahkan satu-persatu pasal kehidupan aku…xde maknenyer kalau aku nak mendedahkan itu-ini…xdapat faeedah pun…betul x??

terima kasih kepada yang puji blog yang xseberapa ni…haha..Smiletapi ade segelintir yang cakap aku ni syok sendiri..huh..Sad smile...yang penting be my self..Smile with tongue out

bia la pe yang diorang nak cakap..aku xkisah..aku tulis blog ni sajer2 jerr…just isi masa lapang..lepas tu aku just nak menyelami ape itu blog dan sama2 membuat karya tersendiri…satu agi,  kalau aku ade blog, aku boleh tau macam2..best sebenarnya kalau follow2 blog yang ilmiah ni..boleh la menambah ilmu…aku mengaku..penulisan  aku yang lepas2 bukan la sehebat penulisan senior2 blogger..(aku selalu cakap ayat tu…kalau anda perasan)…

disebabkan aku sedang belajar dalam dunia penulisan ini, aku nak mintak maaf kepada para pembaca yang perasan mana cacat celenyer…diharap kepada yang dapat detect kesilapan aku..aku harap sangat anda dapat tampilkan dengan komen yang bernas…

berikut ialah Q & A  kepada diri sendiri…wakakaka..

Q-Apa yang anda faham tentang blog??

A-emmm…blog…ntah la..saya rase saya xdapat nak memberikan jawapan yang tepat…tapi dari pemerhatian saya…para blogger selalu membuat catatan kehidupan  mereka yang meliputi banyak aspek..maksud saya…kehidupan empunya blogger yang melahirkan rasa tidak puas hati kepada sesuatu perkara atau menyokong sesuatu perkara…ada blogger yang ingin memberi maklumat kepada masyarakat sekeliling tentang politik semasa, ada yang ingin mengetengahkan berita semasa, ade yang ingin mempamerkan produk2 untuk tujuan perniagaan, ade blogger yang mendedahkan kehidupan peribadinya atau menganggap blog ni diaryonline…

Q-Anda rasa blog anda dalam kategori yang mana?

A-seperti yang anda (pembaca) menilai blog saya..dalam blog ini, saya banyak menceritakan setiap perkara yang saya lalui dalam kehidupan di campus, pengalaman saya, dan pandangan saya tentang satu perkara..

Q-Adakah anda ciplak dari blog orang lain?

A-saya rasa xdela saya ciplak 100%…buat pe nak ciplak blog orang…betul x..tapi ade la kadang2 tu diri ni rasa kekeringan idea..baca blog orang pastu baru timbul idea..tapi, saya elakkan dari copy paste penulisan orang..kalau da memang fakta tu nak buat camne…

Q-Apa faedah dari penulisan blog?

A-saya rasa banyak faedah yang saya dapat dari penulisan blog..antaranya boleh mengisi masa lapang, membuat kita sentiasa berfikir untuk menjadi kreatif, dapat melatih diri supaya berfikir secara positive dan kritis, dan akhir sekali membuatkan kita menjadi seorang yang lebih matang…

Q-Blog yang bagaimana anda minati?

A-emm..sejak kebelakangan ini saya sangat gemar  membaca blog orang..saya suka membaca blog2 yang post bahan2 jenis ilmiah, berita semasa samada dalam negara dan luar negara..saya juga suka bahan yang berunsur komedi…dapat la gak gelak2 santai..kekadang tu best la gak baca diaryonline orang lain..hehe..

Q-Apa harapan dan saranan anda kepada blogger?

A-saya harap setiap blogger perlu menilai dahulu  setiap entry yang ingin dipostkan dalam blog masing2..elakkan dari unsur2 menuduh atau menfitnah orang lain..sesungguhnya menfitnah itu lebih buruk dari membunuh…saya juga berharap agar setiap blogger janganlah mengada2kan cerita atau membuat2 fakta yang tidak masuk akal..harap2 setiap blogger mempunyai sifat ingin berkongsi ilmu untuk mewujudkan satu bangsa yang complex…

 

akhir kata~~aku ingin mintak maaf banyak2 kepada para pembaca blog ini…kalau anda berasa sangat meluat baca blog ini, dengan segala hormatnya saya mempersilaka untuk layari blog lain…banyak lagi blog yang menarik dan lebih berilmiah..wassalam..

aku baru perasan…

tiba2 tadi…aku tengah chek kat setting blog aku…tiba2 aku baru perasan yang kat permission..

who can view this blog?

aku tanda only blog author…

huh..patut la ade member aku bagitau yang blog aku ade masalah…aku pun pelik gak…bila nak log in die kuar lain..huh..

kepada follower2 aku…sowi ek…ni gara2 renovate blog aritu la kot…sowi..aku baru perasan…

 

Akhir kata~~

hati2 bila buat kerja…Smile with tongue out

Salam Maal Hijrah..1432

Assalamualaikum dan salam budiman…

esok!! esok merupakan 1Muharram 1432H…bermakna tahun baru datang lagi dalam kalendar Hijrah…tapi kenapa semua orang diam bila cakap esok Maal Hijrah…lansung xbagi expression…tapi bila cakap esok next week new year…jom buat plan..pergi situ..pergi sini…konsert tu…konsert ni…huh…macam2 skun ni…ni la gelodak jiwa muslim di era millenium…aku bukannya ape…aku xde la sempurna sangat…tapi bila ada orang yang memperkecilkan bab2 tentang agama Allah ini aku akan timbul perasaan takut dan melahirkan sifat kehampaan…huh…menghembus nafas yang berbunyi sekali lagi…

Jom la sama2 wahai saudara2ku..jom kita sama2 berhijrah ke arah perkara yang lebih baik…dan menghayati konsep hijrah yang sebenar…sama2 kita berubah dan berusaha ke arah mewujudkan satu ummah yang disegani dan digeruni oleh musuh-musuh Islam…Takbir!!!…Allahu Akbar…

images

…salam Maal Hijrah…

 

~~disini aku sertakan doa akhir tahun dan doa awal tahun…jangan lupa bacanya bila da masuk waktu magrib ari ni nanti..

doa22

doa1

 

~~Sama2 kita hayati apa makna perubahan…

~~Allah tidak akan berbuat apa-apa kepada insan yang berhajat mengubah hidupnya…hanya bila insan itu berusaha maka Allah akan menurunkan pertolonganNya…ramai yang takut untuk melakukan langkahan yang merubah kehidupan…pelbagai risiko dan kesakitan yang diunggkit…namun ketahuilah kehidupan yang baik adalah pintu perubahan..jadi melangkahlah kita ke arah yang diredhaiNya…kemudian merasai perubahan atas langkahan yang di bangkit.. –kata2 ni dari sms sahabat aku anayilz90…

Sunday, December 5, 2010

SeLaMat PenganTin Baru..

Assalamualaikum…harini sempurna sudah ijab Kabul Penasihat Akademik aku Dr. Abdul Halim Yusuff dengan pasangannya..aku doakan selamat berbahagia dan berkekalan hingga hujung hayat....amin…

maaf Dr. kami xdapat datang ke majlis perkahwinan Dr..kami panjatkan doa dr jauh…InsyaAllah semua selamat…

Saturday, December 4, 2010

happy Birthday ina..

4 December2010hari ni Birthday anak saudara aku…Irdina..huh…da besar da…selamat meyambut ulang tahun yang ke-2..hehe..baru yang 2tahun..masih panjang lagi perjalanan hidupnya…emm..moga2 ina akan jadi seorang budiman suatu hari nanti…hehe..a.zim  doakan..kepada anak2 saudara a.zim yang lain, a.zim mintak maap ek…sebab xsempat nak muatkan ruangan khas dalam blog ini…nantila..tunggu tahun depan plak yer..jangan kecik ati yer..haha..macam la anak2 buah aku da pandai baca blog…kakaka…mane la tau nnt diorang akn ziarah blog aku suatu hari nanti..haha…sesungguhnya kehadiran irfan,afif,irdina,ammar,aufa dan atiq menyerikan lagi kebahagian family aku…

sambutan bufday dina yang ke –2…

DSC02177

…kek birthday ina..2tahun..

DSC02174

…inila irfan dan dina..

DSC02180

..yummy2…makan pizza dan ayam KFC..huhu…jangan jeles..

akhir kata~~

~~selamat hari lahir jugak kepada kawan2 ku.. kepada afiq dan syakira hepy birthday ek…smoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

~~x lupa jugak kepada Dr. Bakri…lecturer yang ajar aku organic chemistry kat UTM..semoga panjang umur,murah rezeki dan success dalam bidang yang diceburi..

~~semoga Allah merahmati kalian..

Summary dari setahun yang lepas..

Entry kali ini aku nak postkan pasal note yang aku catit sepanjang program kat china.. tu jer....xde paper pape pun…sebab mmg da bosan sgt…da xtau nk bt pe agi..Smile with tongue out.

Study Visit To several Universities and Factory in Guangzhou,China

30 November 2009

8.00pm : betolak dari Kb ke UTM

01 December 2009

8.45am: Sampai L29,rehat,breakfast, mandi.

10.00am : Outing ke Jusco Taman U..

5.45pm: balik bilik, besiap sedia ke M24-rumah Dr Halim.

8.30pm : Makan malam..

10.00pm: berkumpul dan bawa smua bag.

11.10pm: Bertolak Ke LCCT (5jam)

02 December 2009

4.00: sampai kat LCCT

9.00: breakfast

11.00am: scan bag

12.00pm: enter emigresen gate....everyone are ok!!

1.00pm: betolak ke Macau

Flight no Ak054

Seat no 10B

4.45pm: flight landing..sampai kat macau international airport

5.00pm: checking passport...take bag

6.15pm : solat asar n zohor jamak...berjemaah kat kaki lima...

7.50pm : bertolak ke imigresen center of china at Guangdong

-take 10 minutes at old church...(at journey btwn macau and Guangdong)

8.30pm:enter imigresen gate...everything follow procedure !!

9.00pm: makan malam kt restaurant muslim...gune chopstick

10.30pm:betolak ke hotel kt Guangzhou..

12.30am:Check in hotel..

03 December 2009

8.00am: bangun...persiapan diri..

9.40am: breakfast...nasi lemak..

10.20am: shoping kat silk center.

12.00pm: melawat pusat elektronik kat Bandar Guangzhou.

2.00pm: makan tghr kat restaurant Abdullah..solat

5.00pm: melawat pusat kulit...bag,kasut,baju,n macam2

7.30pm:balik hotel 15 minit...letak barang..

8.00pm: membeli-belah kat Beijing lu...

10.00pm: dinner & business talk with datuk seri Adnan Yaccob n Mr Powh( mr money)

11.30pm: Balik hotel..post-mortem

12.00am:tido....

04 December 2009

9.00am : breakfast kat muslim restaurant berhampiran dengan hotel...jalan kaki...sejukkkk...

10.00am: betolak ke Jinan Universiti..

11.00am:sampai kat Jinan university...talk with Malaysia student at medicine faculty... lawat makmal..share technology. Lawat library..hostel..art faculty..cenderahati dari utm kepada pihak university...Jinan University adalah university ranking yang ke 47 terbaik di dunia..

“sempat buat demo CPR 2kali tiup kat mulut dan 15kali tekan dada...”

12.15pm:melawat makam Said bin Abi Waqas dan melawat sosio masyarakat islam kat sekitar makam...solat jumaat berjemaah kat masjid berhampiran makam...minum air telaga yng dikatakan mata air yg xpernah kering...

2.00pm: makan tghr kat masjid..begambar dan betolak ke bag factory...(1jam setengah pejalanan)...jam..

5.00pm: sampai kat kilang...melawat setiap bahagian dan cara2 pemprosessan bag...

-beli bag...dapat diskaun…huhu

-cenderahati dari UTM kepada pihak kilang...

9.00pm: makan malam kat restaurant ala2 africa...lawat Mr powh shop...dan beli belah kat kedai Mr powh ...

10.00pm: balik hotel dengan teksi...

10.30pm : self activity...keluar ambik angin malam di sekitar hotel...

05 December 2009

9.30am: breakfast...

10.30am: betolak ke pusat membeli-belah...mainan, souvenirs, n macam2...(nek metro)

1.30pm: balik hotel kejap...

2.00pm: melawat masjid tertua kat Guangzhou...

- ada menara umah api d tepi masjid..

-tazkirah ringkas dari ustaz

3.00pm: makan tengahari..

4.00pm : naiki metro ke taman yg terletaknya statue 5ekor kambing yang dikatakan permulaan pembinaan kota Guangzhou...

7.00pm: betolak ke pearl river...

7.30pm: naiki feri sambil melawat keindahan kota Guangzhou...(2jam)

9.45pm: makan malam kat muslim restaurant...

10.15pm: balik hotel dengan teksi...8yuan...

10.30pm:self activity...keluar ambik angin malam di sekitar hotel...

06 December 2009

9.30am:breakfast

10.30am: naik metro ke gogyuanqian

10.45am:sampai di restaurant a thousand and one night

10.57am: bejalan ke Yuexiu Park (Museum) 10rmb per person.

12.45pm: nek metro utk makan tghr...

1.00pm: makan tghr di reataurant Abdullah...solat zohor n asar jamak..

2.25pm: nek metro untuk ke shoping center jeans/baju/jam/n macam2 ag...

4.00pm: aku,faizol,shidot, n sha bepecah pegi ke pusat elektronik...

7.30pm: balik hotel n solat..

8.00pm: self activities...

12.00am:tdoooo...

07 December 2009

10.00am: betolak ke muslim restaurant dan breakfast..

11.00am: check out hotel...

12.00pm: menuju ke stesen keretapi laju..

1.30pm: betolak ke Shenzhen menaiki keretapi laju..(sejam pejalanan)-200km/hr

3.00pm: check in hotel,solat...

3.30pm: betolak ke splendid of china....hujan rintik2..sejukkkk....

5.00pm: melawat di sekitar splendid of china...

7.30pm: culture show....sangat menakjubkan..

9.30pm: betolak balik dan terus ke restaurant halal....makn ikut suka...tempah sendiri...huhuhhhh....kenyang gilerrrrr....

10.30pm: balik hotel...taklimat ringkas....self activities...

08 December 2009

8.00am: breakfast...

8.30am:bekumpul...check out..

9.00am: betolak ke Window Of the World naiki metro...(hamper sejam pejalanan)

9.45am:taklimat ringkas..

10.00am: melawat ke seluruh dunia...huhuhuhhh..huh...huh...huh...

1.30pm: bekumpul balik...begambar kenang-kenangan....

1.45pm: betolak balik dan terus ke restaurant halal milik orang Malaysia...

2.30pm: makan dan solat jamak asar n zohor berjemaah di restaurant...

3.30pm: jalan-jalan kat duty free of Shenzhen...

5.00pm:bekumpul kat hotel dan ambil barang2....

5.30pm:naiki bas di hadapan restaurant dan betolak ke Shenzhen international airport...(sejam lebih pejalanan)

6.45pm: sampai kat airport...cenderahati dari UTM kepada travel guide yg diwakili oleh Fahimi...

9.30pm: naiki flight no Ak089...seat no 16E

10.25:fly balik ke LCCT

2.00am:sampai LCCT....

setahun yang lepas…part-11

Hari ke tujuh kami di negara orang…dan juga merupakan hari terakhir kami di China.,hari tu kami bangun pagi2..lepas tu kemaskan barang..check out hotel..barang2 kami tinggal kat lobi hotel..lepastu ambik metro dan seterusnya menuju ke Windows Of The World…tempat yang sangat menakjubkan kami…fullamak..semua negara ade..nak citer satu2 aku ase ruangan ni xcukup…senang citer aku round satu dunia dalam satu hari..percaya x???haha..xcayer sudah..di Windows of the world terdapat semua tempat popular seluruh dunia…tapi ia dibina dengan skala yang kecil..memang best r tempat ni…sangat2 berbaloi sape yang masuk tempat ni…lansung xnyesal..siyes aku cakap ni…huh..try korang p..pasti korang ase macam pergi round dunia betul2..so, sape yang xde bnyak duit untuk round dunia..korang p la kat sini..pasti hajat korang akan tercapai..huahua..

IMG_1307

…snow white pun ade…

IMG_1309

..we at WINDOWS oF ThE World,China..

IMG_1310

..Taiwan..

IMG_1311

…Combodia…

S6301033S6301041

..korang ase ape kat sebelah kanan tu menara ape??

IMG_1314

..cube teka negara ape ni..ha3..actually,aku pun xtau kat mane…

IMG_1322

…ni kat gua mana ntah..

IMG_1323

…fuji mountain..

IMG_1326

..japan tradition state..

IMG_1327

…ni kt korea kot..

IMG_1329

…japan..

IMG_1330

…sakura tree..

IMG_1331

…Taj maHAL..

IMG_1332

..Islamabad..

IMG_1333

ni bukan sabah atau sarawak..ni kat sungai mekong ke ape da…lupa r..

S6301099

..jom singgah jap…beli batu jed..

S6301074S6301075

…singgah minum teh jap..

S6301169

…duduk sekejap…ambik nafas..huh…

IMG_1337

..welcome to Australia..

IMG_1340

..sydney harbour brigde..

IMG_1341

..opera house.sydney,Australia..

IMG_1342

…Uganda…

IMG_1343

…Aloha..

IMG_1346

………..

S6301037S6301149

..gambar sebelah kiri aku kat singapura..gambar sebelah kanan plak aku kat Venice..

IMG_1348

…welcome to Turki..

IMG_1349

…welcome to Istanbul..

IMG_1351

..welcome to Belanda…

IMG_1353

…welcome to africa safari..

S6301193

…welcome to egypt…

S6301205

… Mesir bumi AnBiyaa’..

IMG_1357

…huh…padang pasir yang sejuk..

S6301210S6301129

..gambar sebelah kiri pintu masuk ke Pyramid..

S6301207

…kacau dodol di oversea..ahak3s..

IMG_1358

…south africa..

IMG_1359

..ase2 ni kat mane..

IMG_1360

…mesti pernah lihat kan scene camni dalam TV…

IMG_1361

…sini pun…lu pernah tengok citer kung-fu…mesti korang tau ni tempat ape..

IMG_1363

…selamat datang ke dunia Dinasour…

IMG_1362

..nak tau x…dinasour kat belakang kami tu boleh bercakap..tu dinasour jinak..

IMG_1364

..United State..

IMG_1365

…nampak x statue kat atasa bukit tu..

IMG_1366

..ni salah satu bangunan kat NY city..entah nama ape da..

IMG_1368

…New York city..

IMG_1371

…banyak tul statue kat sini…

IMG_1377

…kami berjaya menaiki eifel tower…huhu..

IMG_1378

…tiada erti kepenatan bila round2 dunia di sini…tapi ase nak patah kaki ade la sikit…hahaha..

IMG_1385

…setelah penat round satu dunia..huh…inila kami..

S6301257S6301254

sebelum bertoalak ke Airport..

..disinila sempadan Shenzhen- Hong Kong..

sedey tul xley masuk Hong Kong..lu nak masuk kene wat visa lain..adoi..

IMG_1390

..penyerahan cenderahati dari pihak kami kepada Fahimi sebagai wakil travel guide Ustaz Mad..sebelum bertolak balik ke Malaysia..gambar ini diambil kat shenzhen international air port..

IMG_1392

Global Outreach kami berakhir disini..bertolak balik ke Malaysia dari Shenzhen pada jam 2225 dan sampai di LCCT Kuala lumpur pada jam 0200..

Kesimpulan daripada penjelajahan kami di 3 buah wilayah selatan china ialah, ia menjadikan kami berfikiran lebih matang serta memberikan kami sejuta pengalaman yang cukup berharga…Kegigihan dan kecekalan setiap anggota program pada awalnya  telah terubat setelah semua perjalanan program berjalan dengan lancar…kalau Allah  memberikan aku  peluang sekali lagi untuk join program seperti ini…InsyaAllah aku akn join lagi…waAllahua’lam..