BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 26, 2010

HALALkah makanan yang kita makan....???



Assalamualaikum....

petang tadi saya ada buat satu aduan kepada pihak JAKIM tentang produk halal di malaysia...3jam kemudian saya dapat feedback dari JAKIM..so,saya postkan soalan dan jawapan ini untuk perkongsian bersama..sedikit sebanyak korang dapat information tentang produk halal kat pasaran sekarang...

Nama
-azim-.
E-Mail ?
are_jeng_kb@yahoo.com.
Anda ingin komen tentang apa?
Perkhidmatan
Aduan
assalamualaikum...
sya skrang ni musykil dgn byk makanan yang ad logo halal jakim...terutama mee segera seperti maggi,mamee dan lain2 makanan lagi...bila sy check dgn e-halal kebanyakkannya tiada dalam rekod...adakah pihak jakim telah mengambil tindakan keatas syarikat berkenaan...kalau jakim telah ambil tindakan..tapi knp produk maggi dijual meluas di pasaran....saya bimbang kerana produk mee segera ramai orang yang menggemarinya terutama pelajar2 yang tinggal di asrama dan orang2 yang masih belum berumahtangga...kerana mee segera senang dimasak dan mudah...saya harap pihak jakim dapat membuat tinjauan sepenuhnya keatas semua jenis makanan...dan melaporkan setiap syarikat yang melanggar akta halal kepada umum melalui media,(TV,radio,surat khabar)...harap maklum... .
Jawapan
Pihak JAKIM mengucapkan terima kasih di atas aduan yang tuankemukakan. Pihak kami ambil maklum. Untuk makluman tuan, Kuasa JAKIM adalah terbatas kepada pemegang-pemegang sijil halal Malaysia untuk memastikan pematuhan terhadap standard dan piawaian halal.

Sekiranya dalam produk terbabit terdapat logo halal Malaysia, maka produk terbabit adalah Halal iaitu Halal Malaysia selaras dengan prinsip Halalan Thoyyiban yang berasaskan Syariah dan diluluskan dengan mengambil kira aspek kualiti dan keselamatan. Pensijilan Halal mempunyai jaminan intergriti, keselamatan, kualiti (GMP) kerana melalui sistem yang terbaik dunia, analisis halal, standard halal, penguatkuasaan dan sebagainya. 'Halal jaminan terpilih' merupakan tagline halal.

Walau bagaimanapun, sekiranya tidak terdapat Logo Halal JAKIM bagi sesuatu produk dan tiada dalam rekod JAKIM yang boleh diakses melalui portal Halal JAKIM, maka JAKIM tidak dapat mengesahkan sama ada sesuatu produk tersebut halal atau sebaliknya kerana semuanya bergantung kepada inisiatif sesuatu agensi untuk membuat permohonan kepada JAKIM.

Sebaliknya sekiranya sesuatu makanan itu telah mendapat logo halal dari agensi swasta yang lain, maka tuan haruslah mengajukan atau mempertikai isu halal tersebut kepada pemberi logo halal tersebut. Ini kerana ia tidak berada di bawah bidangkuasa JAKIM untuk membolehkan JAKIM mempertikai halal yang telah dikeluarkan oleh agensi lain. Hal ini turut disebut dalam Akta Perihal Dagangan 1972 yang tidak memberi autoriti/kuasa kepada JAKIM secara tunggal dalam memberikan pensijilan halal di Malaysia.
Pihak kami juga sentiasa membuat pemantauan, penguatkuasaan dan audit terhadap syarikat yang telah dibenarkan menggunakan logo halal kami. Proses audit yang dilakukan pegawai agama dan pegawai pemakanan (profesional) berdasarkan piawaian halal, GMP, akta makanan 1985, standard halal dan sebagainya tanpa memaklumkan kepada pemohon (spotcheck). Proses Post Audit atau pemantauan juga dibuat bagi memastikan komitmen syarikat mengikut semua piawaian halal dan penggunaan di Negara ini. Oleh yang demikian, tiada keraguan sesuatu produk sekiranya telah tertera logo Halal JAKIM. Sebagai tambahan maklumat umum.....
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)/Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan mengandungi:

Logo Halal Malaysia:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Untuk makluman tuan, pada 26-28 Februari 2010 yang lepas, pihak kami telah menganjurkan kempen 1 Malaysia 1 Halal di Masjid Negara bagi memperjelaskan lagi perihal halal kepada masyarakat umum. Pihak kami juga merancang untuk meneruskan kempen ini ke setiap negeri-negeri. Dalam kempen ini pihak kami banyak mengedarkan nashkah-nashkah percuma seperti logo-logo yang diiktiraf, senarai e-code, klinik halal dan banyak lagi.

Tuan juga boleh terus mengemukakan sebarang pertanyaan kepada yang lebih arif mengenai produk/premis dan pensijilan halal melalui laman web kami di :
http://www.halalmalaysia.gov.my
http://www.halal.gov.my
ataupun menghubungi kami di talian :
Tel : 03-8315 0200(Hot Line)
Fax : 03-8318 7044

Untuk makluman tuan juga, pihak JAKIM sentiasa bersama media dalam memberi hebahan dan maklumat yang tepat berhubung salah laku oleh syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab.
Pihak Jabatan menghargai keprihatinan tuan dalam menjaga kepentingan umat Islam ini dan tanpa kerjasama sebegini adalah mustahil bagi Jabatan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Status
Selesai.
Nombor Rujukan
20100325 (4)
Tarikh


ADAKAH korang berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh JAKIM....??
kalaulah bidang kerja pihak JAKIM terbatas....siapa lagi kita ingin mengadu tentang makanan halal....huh....
sama-sama kita fikirkan bersama.....

0 comments:

Post a Comment