BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 23, 2011

Lagenda Gunung Ledang

…nenek tua itu seraya berkata yang beliau membawa titah dari Puteri Gunung Ledang, yang baginda menerima akan lamaran baginda tapi Baginda Sultan perlu memenuhi syarat-syarat tertentu sebagai hantaran perkahwinan iaitu

"Sebuah jambatan emas yang dibina dari istana Melaka hinga ke puncak Gunung Ledang, sebuah jambatan perak yang dibina dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Muda" ….Petikan dari Kisah Puteri Gunung Ledang..

<<entry kali ini tiada kaitan dengan kisah diatas>>

Smile

Tajuk entry kali ini memang mempunyai lagenda tersendiri…selanjutnya aku bukan nak sambung Kisah Puteri Gunung Ledang..tapi kali ni aku nak buat kisah   Putera-putera yang datang bertandang ke Gunung Ledang pada tanggal 22January2011..keberangkatan 9 putera dari istana UTM ini bertujuan untuk memenuhi gelodak jiwa remaja yang semakin menjadi-jadi..ini merupakan satu trip secara spontan…pada asalnya cadangan ini diusulkan oleh Putera Helmie yang ingin barbeku ayam di hutan dengan menggunakan bajet  program FamilyDay Bioss 2010 yang mempunyai sedikit baki..cadangan ini ditolak oleh sebilangan besar Puteri-puteri SKB yang busy dengan pelbagai program tersendiri..~~bukan xajak ek..kami da ajak..so, kami mengambil inisiatif sendiri untuk menjayakan rombongan kami ke Destinasi yang memang sudah lama dinanti-nantikan…

Gunung Ledang…Gunung Ledang ialah sebuah gunung yang terletak di Daerah Ledang yang bersempadan antara Johor dan Melaka..di daerah yang sama terletaknya Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak..dengar-dengar khabar daerah Ledang ini baru di wartakan...ermm..kesahihannya aku belum pasti..keliru dengan signbordSad smile.. Perjalanan dari istana UTM ke Gunung Ledang memakan masa selama 2jam..Kami ber9  bertolak dari  istana UTM ke Gunung Ledang seawal jam 1030 pagi dengan menaiki sebuah pancuan empat roda ..syukur, Alhamdulillah..perjalanan kami lancar tanpa berlaku sebarang kejadian…

Tepat jam 1230 kami sampai ke destinasi yang dituju..keindahan alam semulajadi yang diciptakanNya sangat2 mengasyikkan kami…Subhanallah..segala gelodak jiwa melayang-layang ke udara buat seketika..dan semua hormon kegembiraan dirembeskan dari lubuk hati yang suci…ia jelas apabila wajah-wajah keceriaan dipancarkan oleh 9 orang putera…

berikut ialah gambaran kasar yang diambil dengan menggunakan DSLR putera Faizul RV…

DSC_0144

..setibanya kami ber9..

DSC_0151

…inilah dia putera-putera gunung Ledang..

DSC_0172DSC_0177

…pendakian yang memenatkan..

DSC_0191

...segala assingments dilupakan seketika pada waktu ini..

DSC_0195DSC_0209

...kepenatan dipadamkan dengan keindahan semulajadi..

DSC_0205

…keindahnya sangat2 menggamit Jiwa…

DSC_0241

…kesejukan tidak dilayan..

DSC_0384

…sempat singgah kejap di KMJ iaitu matrik edy…

<<dari kiri-Putera Akmal, Putera Helmie, Putera rjeng, Putera Edy, Putera Hafiz, Putera Zul, Putera Sam, Putera Fizi, dan Putera Faizul RV>>

Demikian saja kisah lagenda 9 orang putera Gunung Ledang…

Akhir kata~~

-setiap kenangan terindah perluhah diukir dan dipahat supaya ia akan berkekalan hingga ke akhir hayat…lupakan yang hitam dan ambillah yang jernih...semoga ukhuwah persahabatan dijalinkan dengan keakraban yang berkekalan…

angin malam di JB..

pantang kalau dengar cuti…aku n the geng berfoya-foya di sekitar JB....memang xserik-serik..cepat-cepat la insaf…kepada reader..jangan salah faham..kami just ambil angin malam.. ahak3s..

LOCATION: TELUK DANAGA,JB

aku, edy, hafiz, zul dan helmie

Image040Image047Image048Image049Image050Image055

 

LOCATION: LAMAN TUN SRI LANANG, JB

aku, edy, sam, hafiz dan helmie

Image069Image072Image074Image075Image079Image082Image084

Demikian sudah catatan memori awal tahun 2011…

Akhir kata

~~Jangan bersembunyi di bawah tempurung…kerana ia akan melahirkan sikap hipokrik…

Saturday, January 22, 2011

Aku Ingin MencintaiMu

Hidup dan matiku hanya UntukMu…

Itulah status aku sekarang..aku bahagia dan redha dengan kehidupan sekarang…buat masa ni aku ingin tetap dengan pendirian aku sebagai seorang penuntut yang bergelar seorang Mahasiswa…aku asa xperlulah aku ulas panjang-panjang..sebab nanti akan ada suara-suara sumbang akan aku dengar hari-hari yang mendatang…

dibawah ini aku sajikan Lirik Lagu Aku ingin mencintaiMu kepada para readers,kalau anda ase ada masa terlebih atau  dah xtau nak buat ape..cubalah hayati dan mendalami ape isi lagu ini..layan…

Tuhan betapa aku malu

Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali

Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia

Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Reff:

Aku ingin mencintaiMU setulusnya,

Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a

Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Pencipta :
Album : Muhasabah Cinta
Label : Edcoustic

sapa nak download lagu ni sila klik disini

 

" KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN "
--AL IMAM HASSAN AL BANNA--

Akhir Kata~~

-Cinta yang sejati adalah cinta yang jauh dari noda, cintailah ILLAHI..

Wasalam

 

Thursday, January 20, 2011

ZzzzzZzzzzZzzzz…

Aduh..nape la aku xley tido malam ni…da berjam2 aku pusing sana pusing sini…waduhh…alangkah indahnya nikmat tidur itu…memang time camni r baru ase betapa telah banyak nikmat yang diberi olehNya…apabila ditarik?? nauzubillah

entry kali ini ialah entry muhasabah diri…

Kenapa aku xdapat tido?

Berikut ialah anatra foktor-faktor yang menyebabkan aku xley tido..

1. ptg tadi aku da tido…asal nak tido kejap jer…tapi meleret plak panjangnya..ni gara2 kenyang sangat masa lunch..huh

2. Petang tadi aku x excercise kot…so,banyak tenaga tersimpan…ye ke?

3. Terlalu syok sangat enjoy sampai malam2 buta…huh…asal nak pegi Fiest U jerr….tapi cam boring jer..pastu melencong sampai ke Teluk Danga…dengan sapa agi kalau bukan geng teruna SKB…aduh…

4. antara faktor lain aku ase ni gara2 aku pekena teh tarik dan roti canai  tadi r …entah ape la resepi teh tarik mamat kat Restaurant Ayub Taman U tu…huh..

5. balik bilik tengok member2 aku battle Red Alert 3…dengan gelodak jiwa yang xserik2..aku layan la sekali…last2..kul 2.30 baru ingat nak tido…tapi mata aku cam spot ligth agi…huh

try punya try nak tido…x tido2 gak…huh…last2 aku ambik keputusan untuk update blog usang ni…kebiasaannya,malam2 bila aku xley tido aku akan terfikir macam2…nak buat itu nak buat ini…last2 xbuat pape gak…adoii…aku da try cara yang datuk aku ajar aku dulu..tapi xberjaya gak..why? WHY? why?…

kalau anda xley tido try r amalkan ni:

- sebelum masuk bilik, amalkan ambil wuduk terlebih dahulu..bila semua da gelap, baring dan terus baca doa tido..

-lepas baca doa tido, amalkanlah baca surah 4 kul..iaitu surah Al-Kafirrun, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah Annas..then Al-fatihah..

- Jangan lupa baca ayat kursi sekali…ni dapat memagari diri kita dari syaitan2 dan benda2 yang x elok..

- kalau mata still xley tido gak…berzikirlah banyak2…sampai la tertido..

itulah amalan2 aku selama ni..tapi malam ni lain plak…aku memang da paksa habis2 da nak tido…tapi xley tido gak…so ambil la inisiatif ni untuk update blog…tapi kalau nak dapat pahala lebih agi amal2kan lah solat sunat lewat malam…pasti tenang jiwa dan raga…insyaAllah..

aku ase setakat ni dulu entry aku buat kali ni…sebab mata aku da mula ada bait2 tido…tapi aku kene tahan gak..sebab subuh sudah makin hampir…

akhir kata~~

-bersyukurlah kita kepadaNya keatas segala nikmat dan Rahmat yang diberi…

-penyesalan xakan beri apa2 makna jika ia tanpa tindakan..

bisik-bisik hati~~

esok cuti…oh..bestnyerr!!…ahak3s..tapi assingments xgerak2 agi…ade hati nak enjoy2…last2 kene ke atas kepala sendiri…padan muka…Smile with tongue out

Saturday, January 15, 2011

Hari ini…

Hari ini aku happy….

Hari ini aku pergi jalan-jalan….

Hari ini aku jumpa banyak binatang…

Hari ini aku jumpa pak belang, adik yet, mak badak, si belit, dan banyak lagi…

Hari ini aku da kenal kat mana Sutera Mall..

Hari ini aku makan Burger..xmakan nasi…

Hari ini aku banyak gelak-gelak…

Hari ini aku banyak mengapu…

Hari ini aku penat…

Hari ini aku ase nak update blog….

Hari ini aku ase nak tido awal….

layan…

DSC02323DSC02324DSC02326DSC02327DSC02328DSC02329DSC02330DSC02331DSC02332DSC02333DSC02334DSC02335DSC02336DSC02337DSC02338DSC02339DSC02340DSC02341DSC02342DSC02343DSC02344DSC02348DSC02349DSC02350DSC02351DSC02353DSC02354DSC02355DSC02357DSC02358DSC02359DSC02360DSC02363DSC02364DSC02365DSC02367DSC02368DSC02369DSC02370DSC02371DSC02373DSC02374DSC02375DSC02376DSC02377DSC02378DSC02380DSC02382DSC02383DSC02384DSC02385DSC02386DSC02387DSC02388DSC02389DSC02390DSC02391DSC02392DSC02393DSC02394DSC02395DSC02396DSC02397DSC02400DSC02398DSC02401DSC02402DSC02403DSC02404DSC02405DSC02406DSC02407DSC02408DSC02409DSC02412DSC02413DSC02415DSC02416DSC02417DSC02418

…Sekian…