BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 2, 2010

Budu Transformasi

Budu atau sos ikan merupakan salah satu pencecah yang digemari ramai..budu terkenal dengan rasanyer yang enak iaitu sebagai penambah rasa yang dimakan bersama ulam-ulaman serta sambal lada atau ramuan2 pedas yang lain....budu sangat popular dalam masyarakat sebelah timur semenanjung Malaysia terutama di Negeri kelahiran aku iaitu Kelantan..walaupun ahli keluarga aku suka makan budu tapi aku kureng sikit…hahaha…

balik kepada tajuk asal…kini budu semakin digemari oleh rakyat Malaysia ekoran dari permintaan yang semakin meningkat seiring dengan penambahan pengguna…bagi pengetahuan umum..Industri budu atau sos ikan ini sudah mendapat tempat di seantero dunia…di negara2 asia mahupun barat…penggunaannye adalah satu kemestian di Asia Tenggara…

Sos ikan ini juga dikenali sebagai nampla di Thailand dan Laos, nuocman di Vietnam, tuk-trei di kemboja, patis di Fhilipina, yulu atau yeesui di China, shottsuru di Jepun. aekjeot di korea dan ngan-pya-ye di Myanmar….

bagi pengetahuan korang2 semua…walaupun sos ikan ini boleh didapati di negara2 tersebut tetapi rasa dan rupa bentuknya agak berbeza-beza bergantung kepada citarasa pengguna di negara tersebut…di Malaysia (budu cap ketereh) rasa budu agak masin dan warnanyer keperangan dan berkelodak…di Thailand, nampla warnyer perang tetapi jernih…

Proses pembuatan secara tradisional memakan masa yang agak lama untuk mendapatkan kualiti budu yang asli serta aroma yang diinginkan…tetapi, kaedah moden telah menjadikan budu satu transformasi yang agak berlainan dari rupa yang asal…proses pemeraman ikan bilis dan garam pada kadar nisbah satu per tiga.. (garam : ikan bilis  , 1 : 3 ) garam dan ikan bilis digaul sehingga sebati kemudia dimasukkan kedalam tangki simen atau tong gantian kaca sehingga hampir penuh…ia ditutup rapat dan dibiarkan proses pemerapam berlaku…

Di samping memerikan rasa masin, garam digunakan untuk menghalang pembiakan atau pertumbuhan microorganisma yang merosakkan ikan serta mendatangkan bahaya kepada pengguna…so, garam memainkan peranan yang penting untuk menjamin kualiti budu atau sos ikan ini kepada tahap maksimum….

semasa proses pemeraman berlaku, struktur ikan bilis akan terurai dan berubah kepada bentuk cecair disebabkan enzim asli yang terdapat pada perut ikan bilis….selepas proses pemeraman selesai…cecair itu tadi akan di tapis untuk menggasingkan tulang…kemudian ia dimasak atau pempasteuran…setelah selesai dimasak…ia dibotolkan dan siap untuk dipasarkan…huhu…jom makan….hahaha….

budu mempunyai banyak khasiat serta menyihatkan badan…keunikan dan potensinyer telah memberi inspirasi kepada sekumpulan penyelidik dan telah mentransformasikan cecair budu kepada bentuk serbuk yang dikenali sebagai DeBudu…DeBudu ini ialah cantuman perkataan debu dan budu…<<<debu ialah sebutan serbuk oleh orang kelantan>>>….

satu lagi penyebab kepada peningkatan industri budu di Malaysia ialah budu boleh dijadikan sebagai kosmetik…BUDU SEBAGAI KOSMETIK?!!!! mesti korang2 xpercaya kan??? hahaha….memang ada la alat kosmetik daripada budu…da meluas di pasaran…ia digunakan untuk awek muda….kalau anda pernah dengar BK concentrate…try anda search pasal produk tu…jelas ia katakan yang produk die memang berasaskan budu…kalau x percaya lagi korang tanya sendiri Puan Hamidah Sidek, penyelidik kanan dari kumpulan bioproses di pusat penyelidikan bioteknologi  perindustrian SIRIM berhad….Puan Hamidah ni telah menerima banyak anugerah antaranyer “Best of the Best Inovation” BioMalaysia2009….

ni bukan promotion…tapi aku just bagi information jerr….sebab kita kene maju dalam segala bidang….betul bukan????? tepuk dada tanya minda…

~~adakah anda sudah bersedia untuk berkejaya kelak??? banyak lagi benda dalam dunia ni yang belum dikaji atau belum ditransformasikan…so,rebutlah peluang yang masih ada….

Post a Comment