BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 8, 2010

BERSOSIAL DALAM INTERNET

Akhir-akhir ini, laman sosial seperti facebook, friendster, myspace, twitter, dan lain2 lagi menjadi kegilaan remaja mahupun orang dewasa masa kini…memang tidak dapat dinafikan bahawa laman sosial seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kengkawan samada baru kenal ataupn kenalan lama yang sudah bertahun2 tidak bersua…antara faedah lain yang dapat kita nikmati ialah bertukar-tukar pendapat, ilmu serta berinteraksi secara maya..adakah laman sosial ini betul-betul memberi manfaat kepada remaja mahupun dewasa??

New Picture (28)

……………..facebook………………………..New Picture (29)

……………….friendster…………………….

New Picture (31)  

…………………twitter…………………….

New Picture (30)

………………..myspace……………………

apa yang membimbangkan saya…ramai dikalangan kita yang mengunakan laman2 sosial seperti ini melebihi had masa sampai hubungan dengan keluarga sendiri menjadi tawar dab hambar…ibu bapa tidak lagi dapat merasai gurauan si anak…duduk2 bersembang bersama serta menonton TV bersama…yang lagi pelik,remaja2 yang bawah umur ataupun kanak2 yang baru mengenali alam remaja sudahpun mempunyai akaun laman2 sosial….sedangkan setahu saya had umur yang dibenarkan ialah 13 tahun ke atas…adakah ini yang kita mahukan…hidup yang mengangap ibu dan bapa sendiri sebagai tunggul kat umah…buat smua kerja umah tanpa ditolong sedikit pun oleh si anak…anak bermaharajalela di rumah…ibarat raja yang derhaka…huh!!!…sedarlah wahai penggemar laman sosial ataupn sebutan yang agak moden “ulat internet”…selagi usia ibu bapa kita dikandung badan…sama2 la kita membahagiakan kedua orang tua kita…”TANPA MEREKA, SIAPALAH KITA”……

sepekara lagi…kita perlu bijak menggunakan laman2 sosial seperti ini ke arah kebaikkan kepada diri, agama, bangsa dan negara…bukannyerr melemparkan fitnah, tuduhan, gosip mahupun sosial yang melampau tanpa mengendahkan unsur-unsur agama dalam diri, mendedahkan ape yang tidak patut, mengaibkan orang laen serta ugutan-ugutan yang melampaui pemikiran yang waras… perkara-perkara negatif ini perlu dibendung sebelum ia menenggelamkan etika sosial sekali gus meruntuhkan tamadun yang sedia ada…nauzubillah….

kepada MAHASISWA diluar sana..anda sebagai bunga masyarakat adalah contoh terbaek kepada masyarakat dan bukannyerr pendorong masyarakat ke arah gejala-gejala seperti ini sebelum ia menjadi semakin parah dan terus menjadi duri dalam daging.…gunekan masa cuti semester dengan perkara-perkara yang berfaedah…<<nasihat kepada diri sendiri dan sahabat2 dluar sana>>

sama-sama kita fikir positif  n negatifnyerr…..

0 comments:

Post a Comment