BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 6, 2010

Kenapa aku menulis blog?

soalan ni tiba2 bermain difikiran aku sekejap…kenapa eh…

sebenarnya aku menulis blog ni saje2 jerr..xde niat nak cari publisiti atau nak mendedahkan satu-persatu pasal kehidupan aku…xde maknenyer kalau aku nak mendedahkan itu-ini…xdapat faeedah pun…betul x??

terima kasih kepada yang puji blog yang xseberapa ni…haha..Smiletapi ade segelintir yang cakap aku ni syok sendiri..huh..Sad smile...yang penting be my self..Smile with tongue out

bia la pe yang diorang nak cakap..aku xkisah..aku tulis blog ni sajer2 jerr…just isi masa lapang..lepas tu aku just nak menyelami ape itu blog dan sama2 membuat karya tersendiri…satu agi,  kalau aku ade blog, aku boleh tau macam2..best sebenarnya kalau follow2 blog yang ilmiah ni..boleh la menambah ilmu…aku mengaku..penulisan  aku yang lepas2 bukan la sehebat penulisan senior2 blogger..(aku selalu cakap ayat tu…kalau anda perasan)…

disebabkan aku sedang belajar dalam dunia penulisan ini, aku nak mintak maaf kepada para pembaca yang perasan mana cacat celenyer…diharap kepada yang dapat detect kesilapan aku..aku harap sangat anda dapat tampilkan dengan komen yang bernas…

berikut ialah Q & A  kepada diri sendiri…wakakaka..

Q-Apa yang anda faham tentang blog??

A-emmm…blog…ntah la..saya rase saya xdapat nak memberikan jawapan yang tepat…tapi dari pemerhatian saya…para blogger selalu membuat catatan kehidupan  mereka yang meliputi banyak aspek..maksud saya…kehidupan empunya blogger yang melahirkan rasa tidak puas hati kepada sesuatu perkara atau menyokong sesuatu perkara…ada blogger yang ingin memberi maklumat kepada masyarakat sekeliling tentang politik semasa, ada yang ingin mengetengahkan berita semasa, ade yang ingin mempamerkan produk2 untuk tujuan perniagaan, ade blogger yang mendedahkan kehidupan peribadinya atau menganggap blog ni diaryonline…

Q-Anda rasa blog anda dalam kategori yang mana?

A-seperti yang anda (pembaca) menilai blog saya..dalam blog ini, saya banyak menceritakan setiap perkara yang saya lalui dalam kehidupan di campus, pengalaman saya, dan pandangan saya tentang satu perkara..

Q-Adakah anda ciplak dari blog orang lain?

A-saya rasa xdela saya ciplak 100%…buat pe nak ciplak blog orang…betul x..tapi ade la kadang2 tu diri ni rasa kekeringan idea..baca blog orang pastu baru timbul idea..tapi, saya elakkan dari copy paste penulisan orang..kalau da memang fakta tu nak buat camne…

Q-Apa faedah dari penulisan blog?

A-saya rasa banyak faedah yang saya dapat dari penulisan blog..antaranya boleh mengisi masa lapang, membuat kita sentiasa berfikir untuk menjadi kreatif, dapat melatih diri supaya berfikir secara positive dan kritis, dan akhir sekali membuatkan kita menjadi seorang yang lebih matang…

Q-Blog yang bagaimana anda minati?

A-emm..sejak kebelakangan ini saya sangat gemar  membaca blog orang..saya suka membaca blog2 yang post bahan2 jenis ilmiah, berita semasa samada dalam negara dan luar negara..saya juga suka bahan yang berunsur komedi…dapat la gak gelak2 santai..kekadang tu best la gak baca diaryonline orang lain..hehe..

Q-Apa harapan dan saranan anda kepada blogger?

A-saya harap setiap blogger perlu menilai dahulu  setiap entry yang ingin dipostkan dalam blog masing2..elakkan dari unsur2 menuduh atau menfitnah orang lain..sesungguhnya menfitnah itu lebih buruk dari membunuh…saya juga berharap agar setiap blogger janganlah mengada2kan cerita atau membuat2 fakta yang tidak masuk akal..harap2 setiap blogger mempunyai sifat ingin berkongsi ilmu untuk mewujudkan satu bangsa yang complex…

 

akhir kata~~aku ingin mintak maaf banyak2 kepada para pembaca blog ini…kalau anda berasa sangat meluat baca blog ini, dengan segala hormatnya saya mempersilaka untuk layari blog lain…banyak lagi blog yang menarik dan lebih berilmiah..wassalam..

2 comments:

tiQah said...

rajin anda menulis pnjang2...
he3

r2!m5!5 said...

..hehe..sje...isi mase lapang...

Post a Comment