BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 4, 2010

setahun yang lepas…part-6

Dari Jinan University ke perkampung Islam di bandar Guangzhou mengabil masa lebih kurang 15minit..tujuan kami ke sana ialah untuk melihat sendiri sosio masyarakat Islam di Guangzhou..so, dapat la kami berjumpa dengan saudara2 seislam dan saudagar2 dari seluruh pelosok dunia..ape yang menarik perhatian kami juga, kami tidak melepaskan peluang untuk melawat makam sahabat Baginda Rasulullah.s.w.a iaitu Said bin Abi Waqas…Said ibnu Abi Waqas dikatakan pernah berlayar ke selatan tanah besar China untuk menjalankan aktiviti perdagagan serta untuk menyebarkan syiar islam di sana…Said ibnu Abi Waqas berlayar dan memasuki Guangzhou melalui Pearl River…Pearl river dikatakan sungai yang sangat luas yang mana banyak kapal dagang dari seluruh pelosok dunia dapat melaluinya…tapi Pearl River yang kita dapat saksikan pada masa sekarang ini tidaklah seluas seperti dulu kala…sesiapa yang sempat tengok pearl river yang mana baru2 ni majlis pembukaan dan penutupan sukan Asia Guangzhou 2010 di adakan di situ… itulah pearl river yang aku maksudkan…ternyata ia telah berubah sama sekali…

setibanya kami di perkampungan Islam Guangzhou, kami dinasihatkan supaya berhati2 dan pandai2 menjaga diri masing2…kerana disitu ramai pengunjung dari seluruh dunia..huh…memang xsangka…ramai sangat2 orang yang tidak melepaskan peluang untuk mengunjung tempat itu…huh…tapi ada yang menghayat dan membuatkan hati kami terguris bila melihat ramai penduduk Islam di sana sangat terabai dan dipinggirkan oleh kerajaan China..kami sedih apabila ramai yang mintak kami menghulurkan sumbangan ikhlas dari tangan kanan kami…sangat2 sedih melihat ade yang hidup tanpa makanan, tanpa rumah dan tanpa keluarga…sob2….bersyukur la kita ke Hadrat Illahi kerana kita tergolong dalam kalangan yang beruntung dan bernasib baek…Kerajaan Malaysia tidak pernah mengabaikan hak asasi kemanusian setiap orang rakyatnya…sayangilah Malaysia…

sepanjang perjalanan kami untuk ke makam, kami dikehendaki berjalan kaki menyusur masuk laluan yang dipenuhi ribuan masyarakat asing…disitu kami lihat betapa gigihnya  setiap peniaga2 islam yang kebnyakannya berketurunan dari negara Turki mengerah tenaga untuk mencari rezeki yang halal…

setibanya kami di perkarangan Makam…kami sekali lagi terpegun melihat ramai umat islam di Guangzhou tengah mendengar khutbah jumaat…hari tu kan hari jumaat…so,kami solat jumaat dahulu sebelum mendekati Makam Saad Ibnu Abi Waqas..huh ramainya orang…nak ambil wuduk pun susah…nak dapat tempat untuk solat pun susah…kene la pandai2 survive sendiri…huh..sekali lagi kami solat di kaki lima masjid yang berlapitkan swearter dan mafella..huh..memang itu adalah kenangan berharga kami…betapa Besarnya alam ini yang diciptakan oleh Allah S.W.T…keinsafan dan kesedaran kami memuncak bila melihat sendiri dengan mata kasar kami  ratusan orang islam menunaikan solat jumaat tidak mengira pangkat, asal, keturunan dan paras rupa..itu baru kat Guangzhou,bukan lagi padang Masyhar..

setelah selesai solat Jumaat dan terus jamak dengan asar, kami ramai2 makan tengahari dimasjid itu…

S6300502

..beginila suasana sepanjang jalan menyusur ke Makam Said ibnu Abi waqas..

S6300510

…macam2 aneka juadah yang dijual..

S6300505

…sedih melihat ramai yang tengah meminta sedekah..

S6300512

..kebanyakan peniaga disini berketurunan arab Turki…

S6300514

kalau nak rasa betapa sedapnya makanan disini jangan lupa singgah ye…

S6300509<KENOX S630  / Samsung S630>

Memorial yang menceritakan tentang pasal kedatangan Islam di wilayah Guangzhou…

S6300518

..beginilah suasana sekitar masjid…

S6300519

..msajid kat sana sama sekali tidak menyerupai masjid di negara kita…so,besyukurkah kita di Malaysia??tepuk dada tanya iman…bukan aiman..

S6300521

..ramai pengunjung dari merata dunia..IMG_1025

…ini suasana selepas selesai solat jumaat..

SDC13147

..disitu terdapat satu telaga mata air yang mana air nya dikatakan tidak pernah kering…air itu boleh diminum fresh..

S6300532

..pintu masjid yang memisahkan antara masjid dan kawasan perkuburan islam…

IMG_1030

…disinilah makam Said ibnu Abi Waqas…ramai orang berpusu-pusu untuk ke sana selepas solat jumaat..

IMG_1031

..sekitar makam, terdapat perkuburan Islam..

IMG_1032

..edy yang berjaya menghampiri pintu makam…

IMG_1033

..betapa besarnya keagungan syiar islam..

S6300538

sempat bergambar bersama-sama sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya…

IMG_1037

..Inilah kami…

Seterusnya kami ke destinasi seterusnya iaitu Kilang milik Mr. Powh @ Mr. Money…kilang ini bukanlah kilang chemical…tapi ia adalah kilang yang mana semua barangan seperti bag, baju, dan lain2 lagi…kami sebenarnya ingin melawat chemical factory yang berkaitan dengan bioproses, biokimia atau bioteknologi..tapi disebabkan autority factory disana tidak membenarkan kami melawat kilang2 seperti itu kerana setipa kilang mempunyai secret dan teknologi tersendiri…walaupun tidak dapat ke kilang seperti itu…kami just melawat kilang Mr.Powh..ia juga terdapat elemen2 pemprosessan yang sedikit berkaitan dengan bidang kami…penggambaran dalam kilang tidak berapa jelas..so, aku xde gambar yang best untuk ditunjukkan…sowi…perjalanan pergi dan balik untuk melawat kilang sangat2 la lama..kerana jalanraya sesak dengan kereta…jaraknya agak jauh sebab ia terletak di pinggir bandar Guangzhou…semasa perjalanan balik kami sempat singgah retaurant halal yang mana kebanyakan pengunjungnya adalah pelancong dari Afrika…lepas makan…kami bertolak balik ke hotel untuk rehat…

~~bersambung…

0 comments:

Post a Comment