BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 4, 2010

setahun yang lepas…part-8

06 december 2009…hari ke –5 kami jadi perantau..da mula terasa jatuh cinta dengan guangzhou…haha…xde la…sje jerr menyedapkan ayat…macamana sekalipun Malaysia tetap no satu…huhu…patriotik gilerr…ahak3s..actually mmg senarionya begitu…bila da duk negeri orang baru semangat patriotik tu timbul serta merta…siyes aku katakan ni…xcayer korang try p oversea lama2…tentu korang ase rindu kat malaysia..hehe..hari ke-5 merupakan hari terakhir kami menjelajah wilayah guangzhou…sebab esok kami akan ke wilayah shenzhen plak..huhu..

macam biasa..untuk menjimatkan masa dan kos kami naiki metro sekali lagi untuk ke Gogyuanqian..kat sana terdapat satu museum yang diberi nama THE MUSEUM OF THE MAUSOLEUM OF THE NANYUE KING,Yuexiu Park…kami dikenakan bayaran masuk muzium sebanyak RM 5 bersamaan 1oRMB..atau 10yuen…kami tidak melepaskan peluang untuk bersiar2 di sekitar muzium…kat sana banyak tercatat sejarah pasal raja Nanyue King..Muzium ini dibina seawal tahun 1988 yang mana terletaknya makam raja kedua Nanyue.. Luas kawasan muzium tersebut 14,647m2 yang melingkungi makam diraja, pusat pameran barang-barang pusaka Nanyue King. Antara barang-barang pusaka yang di pamerkan ialah bantal seramik yang digunakan kerabat-kerabat diraja, patung-patung yang dipuja sejak arwah nenek moyang mereka, tembikar dari tanah liat, periuk-periuk terdahulu yang sudah mempunyai ukiran tertentu dan mempunyai nilai estetika digunakan oleh orang istana untuk memasak santapan kepada kerabat-kerabat diraja dan orang-orang kenamaan di istana. Kami dimaklumkan bahawa terdapat lebih kurang 400 jenis bantal seramik yang dipamerkan dan 200 daripadanya diderma oleh Mr. dan Mrs. Yeung Wing Tak. Di samping pameran kami juga dihiburkan dengan permainan puzzle dan sempat menekap lambang-lambang kebesaran diraja bersama pengunjung-pengunjung yang lain serta menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak. Kami juga sempat melawat lokasi sebenar makam diraja Nanyue King kedua iaitu Makam Raja Zhao Mo. Kami diberi peluang untuk melihat sendiri struktur makam yang dibina sejak bertahun-tahun dahulu yang mempunyai beberapa bahagian. Raja Zhao Mo dikatakan mangkat dan ditanam bersama-sama pengikut setianya, gundik-gundik yang rela mati bersama, anjing peliharaan raja dan alat kebesaran diraja serta harta yang dimiliki oleh baginda. Makam ini sudah di ubah suai serba sedikit untuk keselesaan pengunjung untuk melawat makam itu tetapi struktur asal makam dikekalkan tanpa diubah sedikit pun. Disini ramai pengkaji sejarah dan ahli arkeologi telah menerokai keseluruhan makam. Semua hasil kajian mereka telah dibukukan dan menjadi rujukan kepada pencinta sejarah di seluruh dunia.

Setelah selesai menerokai hampir keseluruhan kawasan muzium kami dapati banyak ilmu yang kami perolehi terutamanya dapat mengetahui sejarah agung salah satu dinasti masyarakat China terdahulu. Kami tidak melepaskan peluang untuk membeli serba sedikit cenderahati untuk dijadikan kenang-kenangan. Setelah itu, kami ke stesen metro Yuexiu Park kembali dan menuju ke Restaurant Abdullah yang terletak di tengah-tengah Bandar Guangzhou. Setelah penat menerokai muzium tadi kami dengan seleranya makan tengahari bersama-sama samabil2 tu kami bergilir-gilir untuk menunaikan solat fardhu Zuhur dan Asar jamak berjemaah di surau restaurant itu.

Setelah semuanya selesai makan dan menunaikan kewajipan masing-masing, kami begegas ke stesen metro berdekatan dan menuju ke pusat membeli-belah pakaian, jam tangan, kasut, jeans dan macam-macam lagi. Semua barang-barang disitu dapat kami beli dengan harga yang murah dan kadang-kadang tidak masuk di akal. Aktiviti tawar-menawar sudah sebati dengan kehidupan kami di kota Guangzhou.

Tepat jam 6.30pm kami berkumpul kembali bersama-sama barang-barang yang dibeli. Setelah semua berpuas hati besertakan seri di wajah masing-masing kami ke stesen metro sekali lagi dan mengambil keputusan untuk balik ke hotel.

Setibanya di hotel, kami tidak melepaskan peluang untuk rehat seketika dan perkemaskan diri serta menunaikan solat Magrib dan Isyak jamak. Pada jam 9.00 malam makan malam dihantar ke  bilik masing-masing. Selepas makan kami diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri tapi dibawah kawalan dan pantauan anggota program. Kami juga disarankan agar terus mengemas semua barang-barang kerana hari keesokkan kami akan check out dari hotel dan akan bertolak ke Wilayah seterusnya iaitu Shenzhen dengan menaiki keratapi laju. Lewat jam 12.00 malam kami sudah pun tidur kerana penat sepanjang hari berjalan..

S6300800

..sebelum masuk muzium..

S6300805

..sempat bergambar dengan  budak sekolah yang sama2 melawat muzium..

S6300806

..dalam muzium…

S6300807

…..

S6300813

…photogenik x..ahak3s..

S6300815

…kami2…

S6300821

…muzium…

S6300825

…apakah simbolik patung kat belakang tu??..

S6300827

..hehe…shy2..

S6300841

..aku n zul…

S6300851

..sape jurukamera ni??…tq2

S6300862

…aksi poyo…

S6300867

…bwsarnyerr gading gajah…

S6300875

…nyamannyerr…

S6300895S6300886

…kat dalam makam di raja nanyue king..

S6300890

..me n Dr.halim..

S6300897

…posing je la…

S6300901S6300904

...syok sendiri la plak…

S6300909

…kat bawah tu ade makam kerabat2 diraja yang ditanam bersama2 harta masing2..

S6300915S6300917

…gambar sebelah kiri edy, gambar sebelah kanan aku..

S6300924

…macam kat mesir plak, ade lukisan2 camni…

 

~~bersambung…

0 comments:

Post a Comment