BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 2, 2010

Setahun yang lepas...part-1

aku ase, aku belum pernah cerita pasal pengalaman aku yang paling berharga dalam ruangan blog ini.. disebabkan aku terkenang peristiwa yang telah  genap setahun berlalu aku ase nak post jerr entry ni…haha…Smilekepada sesiapa yang ase jiwanya xmasuk dengan jiwa aku …sila layari blog2 yang lain…banyak agi blog yang berilmiah dari blog ini…sebab entry kali  ini ialah cerita yang sudah lapuk…harap maaf jika bahasa ini agak kasar sedikit…

Setahun yang lepas...pada 2 Disember 2009...aku bersama 21 orang anggota Bioprosess Student Society (BIOSS) dan 2 orang Lecturer pengiring  (Dr.Abdul Halim Yusuff dan Prof. Madya Dr. Firdausi) telah menjejaki negara tembok besar..program kami
ialah untuk menjelajah ilmu di wilayah selatan negara tembok besar itu ..iaitu wilayah Macau, Guangzhou dan Shenzhen..program itu memakan masa selama 7 hari..(2Disember2009-8Disember2009)  tapi gerak kerja untuk Global Outreach Program ini  memakan masa selama 4 bulan…di UTM setiap orang mahasiswa diperuntukan sebanyak RM 1000 seorang untuk menjalankan program seperti ini…tapi ia mestilah mengikuti terma dan syarat yang betul bersama kertas kerja yang lengkap…

Alhamdulillah…semua tentatif program kami berjalan dengan lancar…aku  merupakan salah seorang  anggota unit program diberi tanggungjawab untuk memastikan semua perjalanan program berjalan dengan smoothly..huh memang tension gak asyik kene buat tentatif baru  setiap kali lepas meeting berakhir…adoiii…aku ditugaskan untuk membuat tentatif program dan mencari orang untuk deal supaya dapat link orang disana..lagi2 org malaysia.tugas ni macam senang…tapi…setiap tempat yang hendak dilawati aku kene buat research dulu sebelum letak dalam tentatif…masa yang diperlukan hendaklah releven, jarak dari satu tempat ke satu tempat perlu di ambil kira…kat mana nak makan,kat mana nak tidur…hotel mana yang paling dekat..transport ape yang paling senang dan murah, apa yang kita dapat dari melawati tempat sesuatu tempat..either for research or for enjoy,tujuan nk pergi ke sesutu tempat..bnyak lagi…semua benda kene ambik kira termasuk cuaca dan suhu tempat yang ingin dilawati..selain itu aspek persekitaraan pun kene tau gak..budaya,pantang larang, peraturan dan wabak penyakit..lagi2 mase tu tgh hangat dengan isu H1N1.…lepas semua tu, aku  kene deal dengan diorang plak tu..kene kol..tanya procedure untuk lawati University dan Kilang kat sana..sponsor, nak kene tau bayaran yang dikenekan..senang citer semua kene prepare dengan teliti.…huh…maklum la…negara orang…susah siket…lagi2 china..bila kol je..org sana angkat…cakap bahasa die…aku da berbuih mulut cakap…can u speak in English…yang die tau jawab, ok, I cant speak english..lepas tu panggilan aku di pas2 kepada orang lain…yang peliknya…aku banyak kol pihak University dan pengusaha kilang kimia kat sana…tapi mostly, semua hampeh…adoi…pening2…last2 kene gak ambik translater..translater pun kitorang ambil dari senior kitaorang...iaitu Ivlyn dan Yun Chuan…nasib baek ade diorang…huh..kalau x…emmm..gini la jwabnyerSad smile

dengan penuh Iltizam dan tekad…kami setiap anggota program sama2 bekerjasama buat kerja…tapi banyak gak cabaran kami masa tu…maklum la…kitorang ramai yang 1st year…banyak benda xtau..nasib baek la ade senior…jutaan terima kasih banyak2 kepada Haida kerana sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang  pengarah program..pengarah kami terlalu baek hati dan peramah orangnyerr…1st year experience aku sangat2 la mencabar…ye la…baru jer masuk UTM ambik 1st degree terus buat Global Outreach…nak beri tumpuan kepada program agi…da la meetiang setiap minggu…nak study agi…huh…agak mencabar..tapi bila pikir balik…masing2  kene melalui perkara yang sama…setiap orang diberi 24jam sehari…so, xdela isu nak ungkit2 yang ade org xbt kerja…walaupun ade segelintir antara kami yang mudah mengalah pada awalnya…melenting2…ada yang tarik diri..sebab xtahan dengan kesibukan yang melampau…tapi semua tu lumrah…xboley nak cakap pape…sebab setiap orang ada hak individu…

Overall best sangat program camni..aku ase nak pergi agi lepas ni..tengok la dulu…kot2 aku ke Korea,ke Seri Lanka, Jordan, Dubai,India, Mesir….huh semua negara2 tu da di listkan…yela…negara2 camni teknologi die ag canggih dar Malaysia…skun ni, xsilap aku ade 6 program Global Outreach untuk BIOSS…dak 1st year ade 2 group..satu group pergi Korea, satu group pergi India…dak 2nd year…classmate2 aku yang belum pernah pergi ade 3 group..1st group pergi Mesir( Pengarah-Fizi)…2nd group pergi korea (Pengarah-Rieka), dan 3rd group nak pergi jepun@taiwan(Pengarah- Faizul)…jeles plak aku…nk ikotttttt...haha…dak 4th year plak ade satu group nak pergi Landon…Landon tu…huh …mantap sey…sebelum ni pun ade yang da ade yang sampai Beijing, Taiwan, Thailand, Indonesia, Kemboja,India…InsyaAllah BIOSS akan menjelajah ke seluruh pelosok dunia suatu hari nanti….hebat x persatuan Kos kami??….Bioproses Student Society sentiasa di hati.…tu baru citer program Global Outreach…xciter agi pasal program dalam campus dan Dalam Malaysia…huh….entry2 sebelum ni pn aku ade citer pasal program dalam campus…kalau nak tau…cuba la check entry2 yang lepas..tp xsemua program yang aku cter…aku just citer pasal prgram yang aku sertai dan yang aku handle jerr….

aku ase setakat ni dulu entry kali ni… cerita ku yang seterusnye di entry yang lain…

chinaaustraliathailandkombodia

landon

taiwan

mesir

indonesia

indiajepunKorea

0 comments:

Post a Comment