BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 3, 2010

setahun yang lepas…part-3

part ini aku nak citer pasal aku kat sane…da sampai sane la….huiih..hebat2..masa nak landing pun aku da nampak Macau tu hebat…sebab airport die atas laut.…flight  Air Asia yang aku naek landing kat Macau International airport pada jam 4.45pm..tu la 1st tyme aku nek flight…kami bertolak dari LCCT ke airport Macau pada jam 1.00pm..perjalanan dari LCCT Kuala Lumpur Ke International Airport Macau mengambil masa kira2 4jam 45 minit…setibanya kami di sana, kami perlu mengisi banyak borang departure…lepas tu kene check kesihatan…kot2 ad yang pembawa H1N1..semua prosedure kat airport dilakukan dengan teliti…selepas semua chacking barang siap dan everything is ok…kami diduga dengan satu peristiwa yang mengejutkan kami…huh..memang semua dalam kerisauan mase tu…nak tau sebab ape…kami ade masalah ngan travell guide…tiada seorang pun yang datang menjemput kami di Airport Macau…huh..memang terpinga2 semua orang ketika tu…travel guide yang telah kami tempah tidak dapat menjemput kami disebabkan atas sekatan pihak imigresen China untuk memasuki wilayah Macau..actually Macau ialah wilayah istimewa kat china..Macau dan Hong Kong ialah wilayah berlainan pentadbiran dengan kerajaan tanah China…sebab Macau pernah dijajah oleh Belanda, dan Hong Kong plak dijajah oleh British sewaktu ketika dulu…tanah besar China plak xpernah dijajah mana2 pihak..tp die menjajah negara lain termasuk negara kita..tu komunis…kn komunis pernah menrampas kuasa dari british dan jepun selepas perang  dunia kedua…eh, cerita sejarah plak…lari topik ni…

sambung balik..mase tu da maghrib…nk tunggu travell guide da hampa..so kitorang cari surau atau tempat untuk solat..sekali lagi hampa..kitorang terpaksa solat di kaki lima airport.di tepi laluan orang lalu lalang..sungguh tragis kan..nk ambil wuduk pun susah.sebab dalam toilet hanya sinki jer yang ade paip…

lepas solat..semua still terpinga2…tapi nasib baek ade translatter…IV dan Yun Chuan mase tu memaikan peranan penting dalam ekspedisi kami…huh…die yang berurusan dengan pihak kauter service kat airport tu untuk sewa van dan menuju ke pintu imigresen China…nasib baek ad diorang berdua..huh..semua selamat…semasa dalam perjalanan ke pusat imigresen antara sempadan Macau dan Guangzhou kami dapat menikmati keindahan malam di tengah2 kota Macau yang sangat menakjubkan…memang cantik r die punya pemandangan…hebat2…

Setibanya kami di pusat imigresen…sekali lagi kami dikehendaki check semua barang dan isi borang departure berkali2…penat tangan menulis…adoii..berapa banyak kaunter kitaorang kene lalui…ade la 3 atau 4 kauter yang kene isi borang departure 2…huh…semua orang kat situ active2 semuanya…sebab dorg jalan laju2…huh…ak berapa kali kene langgar ngan orang China..adoii..maklum la…negara China kan besar..pastu..bilangan penduduknya banyak sangat…beratus2 kali ganda dengan penduduk Malaysia…sapa jalan lambat memang kene langgar r…haha…ntah kenapa..semua orang nak rush..

setibanya di pintu keluar pusat imigresen Macau-Guangzhou, kami disambut oleh travel guide kami…iaitu Ustaz Mohammad dan Fahimi…Ustaz Muhammad atau dikenali dengan nama ustaz Mad China sebab beliau tinggal di Malaysia selama 2 minggu dan di China selama 2 minggu setiap bulan…dan Fahimi plak ialah pelajar Malaysia di Jinan University yang ditaja sepenuhnya oleh Syarikat HPA..Alhamdulillah…jumpe jgak kami dengan travel guide kami…seterusnya…ape lagi…makan la plak…lapar sangat2…sebab xmakan tghr…nak makan atas flight…tapi mahal giler2…xberbaloi lansung…tapi berbaloi kalau tahan lapar…ahak3s…

makan2…kitaorang berjalan kaki dengan bawa semua barang2 yang berat2 tu ke restaurant Muslim di tengah2 kota…walaupun banyak berjalan…kami xterasa kepenatan yang amat sgt..sebab..terpegun melihat kota dan budaya negeri orang…cam rusa masuk kampung pun ade…haha..setibanya kami di restaurant…kami disajikan dengan masakan muslim China…huh…best la gak…yang paling best Mee Ramen…cara buatannya pun menakjubkan..sebab mee die buat sendiri…memang terpegun r aku mase tu…dan pada masa itu jugak 1st time aku makan guna chopstick..paham2 je la…kalau 1st time gune…sikit je yang masuk dalam mulut..adoii..lupe nak practice sebelum pergi china..suhu ketika itu agak sejuk sedikit..dengan meminum air teh kosong tanpa gula yang panas dapat mengimbangkan balik suhu badan…huhu..lepas makan kami bergerak ke Hotel bertaraf 4bintang…huihh…kami xsangka dapat layanan istimewa sebegitu…jakaan asal kami sangat meleset…sebab kitaorang ingat dapat tidor kat hotel murah atau motel atau rumah tumpangan jer…skali hotel 4bintang…da macam 5 bintang r…perjalanan ke hotel memakan masa selama 1 jam lebih dengan menaiki pancuan 4 roda yang di panggil costal..satu costal da muat semua orang…hebat x..ia seakan2 van tapi panjang sedikit dari van..huh…

setibanya kami di hotel…kami disambut oleh pelayan2 hotel yang ramah mesra…mmg kami xmenjanggaka dapat tinggal di hotel yang sebegitu mewah…da la satu bilik dua orang..pastu setiap bilik sudah dilengkapi dengan semua peralatan elektrik dan perabot…tandas macam istana…tapii….tutt…tisu….tuttt…

lepas da check in dan masuk bilik…aku sempat menyelongkar setiap sudut bilik…huh..memang mewah…sebelum tu…ustaz nasihatkan kami supaya tido awal..sebab subuh kat situ kul 4.30pagi…

IMG_0763

..sebelum bertolak ke LCCT..

IMG_0785

..Sebelum bertolak..

IMG_0795

..Atas flight…aku,edy,dan helmie..

DSC01093

Mata wang China ialah yuen..

IMG_0829

Kami solat jamak magrib-isyak di kaki lima airport..

IMG_0844

..tengah buntu bila travel guide xsambut kitaorang…ingatkan da kene tipu…

Image030

..aku dan Yun chuan..

DSC01115

..Sempat posing untuk kenangan kat Macau..sebab kami just singgah kejap jer kat Macau..

DSC01126

Makan ramen gune chopstick…hehe..

~~nantikan sambungannya…

0 comments:

Post a Comment