BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 10, 2010

Lepasan SPM..

ermm..da 4 hari x update blog…huh…amaklum la aku sehari dua ni tgh bz…bukan bz ngan SPM..tapi bz dengan meronda2 ibukota metropolitan Malaysia ni…huhu..suka2..

Berbalik dengan tajuk entry kali ni…Lepasan SPM..setakat pengetahuan aku…ade calon SPM2010 telah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia…tahniah dan syabaz diucapkan…tapi ramai lagi calon yang belum habis..ade yang masih tinggal 2,3  subject lagi kan..kepada calon yang masih dalam mode peperiksaan,teruskan perjuangan anda…gunakan semua ilmu yang dipelajari sebelum ini…buktikan anda juga boleh lakukan yang terbaik..ingat harapan keluarga tercinta...InsyaAllah..saya doakan kepada kalian semoga success dengan jayanya…aminn..

Mengikut pengalaman aku..aku rasa dak lepasan SPM ni tentu banyak plan yang diorang buat..betul x..ade yang ke arah maaruf dan ade yang ke jalan mungkar…huh..jangan terkejut ye..bila kadar sosial meningkat selepas ini…huh..(hembusan yang merisaukan)..sebelum korang buat plan yang bukan2 atau tiada plan nak buat pape…baek aku bagi sedikit panduan..ape yang korang boleh buat sepanjang cuti sebelum menjejak kaki ke tahap pengajian yang lebih tinggi..

ada kalangan korang mesti plan untuk berkerja sambilan..betul x..ermmm…bagi aku, bagus la gak kalau korang ase kerja dapat meluangkan masa korang…dapat pengalaman..selain tu dapat gaji..he3..betul x?..ad sesetengah orang mengangap kerja sambilan ni buang masa..sebab kerja sambilan ni kebanyakkan kerja yang ringan2 jer..bek korang enjoy dari bekerja..atau menambah ilmu lagi..bac buku kew…baca blog kew..hehe..bleh tambah pengetahuan..

ada jgak yang meluangkan masa ni untuk buat lesen memandu…bagus la..bek ambik cepat2 masa muda ni…nnt da berumur susah plak…cam2 hal nt…

ak nak suggest kpd yng xtau nak buat pape mase cuti ni untuk membuat persedian yang secukupnya sebelum menjejak kaki ke menara gading…aku harap korang dapat buat pilihan yang tepat dalam hidup korang..kerana kalau tersilap pilih nnt,sapa yang merana…jiwa dan raga korang jgak akan merana…huh..cam ade pengalaman jerr penulis ni…haha.. no comment..

aku nasihatkan agar korang selidik betul2 kos yang korang nak ambil..atau tanya orang yang da melaluinya..ni sangat penting..kalau korang xde pendedahan tentang bidang yang korang nak ambil nanti korang akan salahkan diri sendiri plak nanti…ade jgak dalam kalangan korang yang xtau nak pilih bidang pew…ni lagi susah..sepatutnya sebelum SPM lagi korang perlu ade cita2 atau matlamat..tapi, xpe..kepada yang xtau nak pilih bidang pe..korang perlulah tnya pada diri sendiri…korang cenderung ke arah ape..atau menjalani sesi uji kemampuan diri…ujian ini korang boleh dapatkan daripada guru kaunseling sekolah…korang perlulah berani berjumpa dengan cikgu kauseling untuk mendapat pendapat dan penerangan yang lebih lanjut…selain itu..korang perlu jgak tanya keluarga korang untuk mendapatkan pandangan…jgan plak pilih kos yang merapu2..haha..kene la gak berfikiran jauh…korang perlu gak search pasal pasaran kerja..jgn tgk pada pasaran kerja sekarang..tp, korang perlulah tgk pasaran kerja pada 5,6 tahunyang akn datang…itula serba sedikit panduan yang dapat aku beri serba sedikit…he3..

selain itu..korang perlu la buat persediaan untuk melengkapkan diri dengan ilmu2 agama dan asas2 fardu ain yang lengkap supaya korang xdela hidup dalam keaadaan terkapai2 bila kat IPTA nanti…mase muda camni la nak kuasai segala ilmu dan perbaiki segala asas fardhu ain atau memperbetulkan tajwid2 dalam bacaan Al-Quran..bagus jugak kalau join aktiviti2 kat masjid atau2 surau2 kat umah…dapat pahala..selain tu dapat la gak menambah generic skill dan men update softskill…kan bagus buat aktiviti bermanfaat cam tu..sejuk hati mak bapak..ade sesetengah cakap..ala…x rock r camni..atau, x america r kawan ngan dak masjid…huh..ikut suka korang la…kalau ke lembah neraka yang korang pilih…itu hayat korang…tapi korang mstilah ingat yang hidup di muka bumi ni hanya sementara…tapi hidup di akhirat nanti yang akan kekal abadi…

aku ase setakat ni dulu entry kali…aku ase skun ni macam xsesuai tuk ak tulis panjang2…sbb kne layan karenah Irfan ngan Irdina…anak buah aku ni…huhu..

akhir kata

~~taniah dan syabas kepada adik aku Fatihah, kerana telah berjaya menjejakkan kaki ke IPTA..skun ni da jd mahasiswi la kan..haha…2 hari lepas pendaftaran mahasiswa/wi lepasan asasi International Islamic University Malaysia (IIUM)…ni 2nd time pergi UIA gombak tu…huh..memang cntik r bangunan2 kat situ…kalah UTM…haha..eh..sowi..merendahkan bakul sndiri plak…camne sekali pun UTM in my Hearth…haha…

~~7orang antara kami adik beradik da ke menara gading…tggal sorg lagi adik ak blum..huhu..arap2 die dapat menjulang kembali saat2 bahagia dalam family aku…risau tgk die..asyik maen2 jerr…huh

~~kepada junior2 aku kat MML habiskan sisa baki SPM dengan sungguh2 ek…nt pilih UTM…ley kita bjumpa ag..haha..

~~InsyaAllah kalau ade mood, lain kali ak tulis pasal pe yang pengalaman cuti lepas SPM..haha..sgt menarik..sebab byk pkr aku alami…huhu

wasalam…

 

2 comments:

Edy Cenna said...

entry yg baek..
i like..
aku nak suruh adik aku bace la entry ko ni..
ahak!

r2!m5!5 said...

makasih...haha...shy2

Post a Comment