BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 4, 2010

setahun yang lepas…part-9

Gud bye guangzhou n hello shenzhen…huhu…pagi2 kami da bersiap untuk bertolak ke wilayah shenzhen plak..kami meninggalkan guangzhou dengan  seribu erti kenangan yang I berharga disana..huhu…walaupun cuma 5 hari kami di guangzhou, banyak benda yang kami dapat…yang paling kami xdapat lupakan ialah kami  dapat menyelami sosio budaya , undang-undang dan persekitaran bandar  yang bersih..

masyarakat guangzhou banyak yang ramah-tamah…tapi kami dinasihatkan supaya tidak mempercainya bulat2..sabab kes tipu-menipu sangatlah berleluasa disana..kebanyakan peniaga disana juga tidak mempercayai kita…sebab, bila nak beli sesuatu, mereka akan chek setiap wang kertas yang dibagi dengan teliti…huh..diorng takut kami menggunakan wang palsu…huh…

uandang-undang disana juga sangat pelik…setiap kejadian accident yang melibatkan seseorang dengan kenderaan akan dijatuhkan hukuman kepada pemilik kenderaan…sebab peraturan besi dan kulit diguna pakai…kalau setiap benda yang berbesi atau benda keras yang digunakan  akan dipertanggungjawabkan apabila telah mencederakan seseorang…huh..paham ka??kereta kan besi…kalau langgar orang…tuan kereta tu akan dipertanggungjawabkan…walaupun die tidak sengaja atau orang yang dilanggar itu buat salah…sebab 2 kat negara china, kadar kemalangan lebih rendah jika dicompare dengan Malaysia..sepanjang kami di kota guangzhou, kami xpernah terserempak dengan mana2 accident sekalipun…walaupun keadaan di jalan raya sangat sesak dan banyak kereta…

persekitaran bandar yang sangat bersih dan teratur juga menjadi penarik perhatian kami…kami dimaklumkan…bahawa bandar guangzhou ini sangat kotor suatu ketika dahulu…tapi selepas gobenornya menghantar wakil ke singapura untuk menyelidiki sistem pembersihan bandar..akhirnya ia berjaya diaplikasikan di bandar guangzhou..antara perubahan yang dibawa ialah pokok2 hiasan di tepi jalan raya ditanam mengikut musim…so, setiap musim kita akan lihat bandar guangzhou akan berubah rupa…xcayer , try duk kat sana bermusim2…haha..

sitem jalanraya yang canggih dan teknologi digunakan juga canggih…huh..negara maju katakan…disana, orang kebiasaan tidak mampu untuk memiliki kereta atau kenderaan sendiri…sebab kat china tiada sistem loan atau pinjaman wang macam along tu…so, orang yang betul2 berkemampuan baru dapat memiliki kereta..harta pemilik kenderaan mestilah banyak..sebab kalau dijatuhkan hukuman nanti…berapa banyak mereka akan habis..huh..sebab tu la jugak kita dapat tengok kebnyakan rakyat china menggunakan public transport atau basikal atau jalan kaki untuk ke suatu tempat..yang unik lagi…kat bandar guangzhou xde kenderaan motorsikal..haha..sebab bagi mereka motosikal akan meningkatkan kadar kemalangan..

aku ase setakat ini saja aku ceritakan pasal guangzhou…kalau nak tahu lagi, anda boleh berkunjung sendiri ke wilayah itu..huh.. sangat best…

S6300571

..walaupun kereta banyak, tapi xde kemalangan pun..

Image050

..bandar yang bersih..

Image052

..satu motosikal pun xnampak..

Image126

…basikal banyak la…

Image069

..aku xde helikopter untuk ambik gambar dari udara..haha

DSC01193_thumb_thumb

..ni gambar maskot untuk sukan Asia guangzhou 2010..yang berlansung baru2 ini…mase aku pergi sana..banyak tergantung gambar2 maskot ni…dan kat mana2 pun kami akan jumpe counter yang bilang berapa hari lagi sukan asia…masa tu angka nya 3ratus lebih..tapi skun ni sukan asia pun da melabuhkan tirai penutupnya..hehe… …kat beijing lu plak ade patung yang berbentuk 5 ekor kambing ni..huhu..pada masa yang sama, bandar guangzhou ketika tu sedang sibuk buat preparation untuk sukan asia ni..

entry selepas ini aku akan ceritakan pasal pengembaraan aku di wilayah shenzen plak…wilayah yang bersempadan dengan Hong Kong…huhu

 ~~bersambung…

0 comments:

Post a Comment